Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN) - 11 & 17 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Sukan Negara (MSN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negara


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (AKAUN) - 3 Kekosongan

Jawatan : Penolong Pegawai Eksekutif (Akaun)
Kumpulan : B
Kekosongan : Tiga (3) Kekosongan
Penempatan : MSN Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Syarat Lantikan:

a) Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Diploma dalam bidang perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

c) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan;

d) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

e) Keutamaan : Berpengalaman dalam bidang Perakaunan.

f) Gaji pukal : Minimum RM 2,200.00
 Maksimum RM 5,000.00

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

Tarikh Tutup Permohonan : 11 Januari 2023 (Rabu)


2. TUKANG MASAK - 10 Kekosongan
MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur - 4 Kekosongan
Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur - 4 Kekosongan
Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang. - 1 Kekosongan
Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi, Kedah. - 1 Kekosongan

Syarat Lantikan:

(a) Calon berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN

(b) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DENGAN Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu; DAN

(c) Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 / Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) Keutamaan kepada calon yang berpengalaman dalam bidang Perkhidmatan Makanan.

(e) Gaji Pukal : Minimum RM 2,000.00

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab memasak secara bufet dan makanan berbungkus serta menjaga keselamatan dan kebersihan peralatan dan dapur.


3. KREW STEWARD
Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara, Kuala Lumpur - 1 Kekosongan

Syarat Lantikan:

a) Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

b) Memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DENGAN Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

c) Keutamaan kepada calon berpengalaman dalam bidang Perkhidmatan Makanan

(e) Gaji Pukal : Minimum RM 1,800.00

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan peralatan dan ruang dapur serta menjaga inventori.


Tarikh Tutup Permohonan : 17 Januari 2023 (Selasa)


Cara Memohon:

1. Semua permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

(i) Salinan sijil akademik SPM/SPVM/PMR/PT3 dan setaraf;

(ii) Salinan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;

(iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;

(iv) Salinan Kad Pengenalan.

2. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.


Alamat Dan Tarikh Tutup Permohonan:

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada (tarikh di atas) melalui emel recruitment@nsc.gov.my ATAU dialamatkan kepada:-

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
Cawangan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Bukit Jalil,57000 Kuala Lumpur

* Pemohonan yang dihantar melalui pos hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN)

Latar Belakang

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.

Post a Comment