Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd - 15 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

Skop Tugas:

Mendaftar Pelanggan / Pelawat.

1. Menyambut kedatangan pelanggan / pelawat.
2. Mendaftar pelanggan / pelawat dan memberi taklimat ringkas prosedur asas syarikat.

Menerima Dan Mengedarkan Surat / Dokumen Yang Diterima.

1. Menerima & mengasingkan surat / dokumen untuk diserahkan kepada bahagian pentadbiran ibu pejabat dan daerah Kuala Terengganu.
2. Menerima dan mengedarkan surat / dokumen dalaman kepada daerah yang berkenaan.

Mengendalikan Panggilan Dalaman Dan Pihak Luar.

1. Menjawab semua panggilan dari dalaman dan luar.
2. Membantu pegawai / staf membuat sambungan talian luar & dalaman.

Bertanggungjawab Memastikan Persekitaran Kaunter Yang Menarik Dan Mesra Pengguna.

1. Memastikan semua kelengkapan kaunter, dokumen dan surat dalam keadaan kemas dan teratur.
2. Melayan pelanggan / pelawat mengikut prosedur LKS (Layanan Kelas SATU).

Tugas - Tugas Lain Yang Diarahkan Dari Masa Ke Semasa.

1. Mengendali dan merekod aduan didalam system CRM Next.
2. Menghayati dan mengamalkan budaya Korporat SATU (SIKAP).
3. Memahami dan mengamalkan prosedur kerja mengikut S.O.P yang ditetapkan.

Syarat Lantikan:

1. STPM atau Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

2. Seorang yang mampu bergerak dalam satu pasukan;

3. Berumur antara 20 hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan

4. Calon Perempuan sahaja.

5. Mempunyai kemahiran menggunakan komputer

6. Mempunyai Kecergasan / fizikal yang baik dan aktif bersukan


2. KETUA INTEGRITI
BAHAGIAN INTEGRITI & GOVERNANS (BIG)

Tugas & Tanggunjawab:

1. Memastikan kesegeraan, kepakaran dan kecekapan pengurusan risiko rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di SATU;

2. Melaksanakan fungsi BIG dengan berkesan tanpa dipengaruhi oleh mana- mana pihak dari dalam atau luar SATU;

3. Mengelakkan percanggahan kepentingan (conflict of interest) dalam segala pelaksanaan tugas rasmi;

4. Menyelaras, menyelia, memantau dan menilai program integriti organisasi;

5. Menasihati Ketua Pegawai Eksekutif dalam perkara-perkara yang melibatkan isu integriti, rasuah dan salah guna kuasa;

6. Menyediakan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang menggariskan pelan tindakan antirasuah SATU;

7. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan pengurusan integriti SATU dari semasa ke semasa bersandarkan kepada peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa;

8. Mewujudkan satu sistem aduan integriti yang sistematik bagi memastikan tindakan diambil ke atas setiap aduan mengenai salah laku jenayah, rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika SATU;

9. Menyelia tindakan pengesanan dan pengesahan terhadap aduan-aduan salah laku jenayah, rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di organisasi yang diterima oleh BIG dan seterusnya memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;

10. Merancang, melaksana dan menyelaras program pengukuhan integriti bagi meningkatkan amalan nilai-nilai muri, etika dan integriti pegawai dan kakitangan organisasi;

11. Dan memastikan governans terbaik dapat dilaksanakan dalam usaha untuk memperkukuhkan integriti kakitangan di SATU.

Syarat Lantikan:

1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ;

2. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkenaan tidak kurang daripada tiga (3) tahun;

3. Pengalaman  sekurang-kurangnya tiga (3) tahun menyandang jawatan pengurusan;

4. Kemahiran dalam berkomunikasi dan penulisan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

5. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang balk, pengalaman bekerja yang sewajarnya, dan kemahiran menggunakan komputer;

6. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang telah mengikuti Kursus Certified Integrity Officer (CeIO) anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);


Cara Memohon:

Calon-calon berminat boleh mengemukakan permohonan CV / resume, gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu yang sah (bagi jawatan berkaitan) dan sijil kelulusan akademik/ berkaitan kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif
Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
atau email kepada career@satuwater.com.my


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Januari 2023

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Jawatan Kosong di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd

Nilai Teras

Nilai teras adalah nilai utama yang perlu dihayati dan diamalkan oleh semua warga kerja SATU bagi memberikan perkhidmatan terbaik. Sebagai SATU pasukan yang berintegriti dan profesional, kita memegang amanah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan

Post a Comment