Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Pelajaran MARA - 19 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Yayasan Pelajaran MARA | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Pelajaran MARA


Jawatan:

1. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Taraf Lantikan:

Kontrak Kekosongan : Satu (1)


Syarat Kelayakan:

i) Memiliki ijazah sarjana muda yang diiktiraf dari institusi yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

ii)Mendapat kepujian bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan;

iii)Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 15 tahun di peringkat Pengurusan samada di agensi kerajaan atau swasta;

iv. Memiliki kemahiran dan pengetahuan tinggi dalam pengurusan korporat, pentadbiran syarikat, aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat
(Corporate Social Responsibility) (CSR) dan Pembangunan Modal Insan; dan

v. Mempunyai rangkaian yang luas dengan kementerian dan agensi kerajaan serta badan korporat berkaitan kerajaan.


Cara Memohon:

i) Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 40 tahun pada tarikh tutup iklan.

ii) Sertakan resume bersama salinan kad pengenalan, sijil akademik dan dokumen yang berkaitan.

iii) Permohonan yang lewat atau tidak mematuhi peraturan / kelayakan yang dinyatakan akan ditolak.

iv) Setiap permohonan yang dihantar perlu dinyatakan jawatan yang dipohon.

v) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

vi) Permohonan hendaklah dihantar kepada :-

Pengurus
Seksyen Pentadbiran dan Sumber Manusia
Yayasan Pelajaran MARA
Aras 18, Menara MARA
No. 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur

ATAU e-mel kepada: jawatankosong@ypm.org.my


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Januari 2023 (Khamis)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Jawatan Kosong di Yayasan Pelajaran MARA

Latar Belakang

Dalam tempoh masa 13 tahun pertama penubuhan, fokus YPM lebih tertumpu kepada aktiviti Pengumpulan Harta dan Aset. Tempoh masa 14 tahun seterusnya (1983 - 1997) ialah tempoh masa yang sangat aktif bagi YPM dalam memenuhi maksud dan tujuan penubuhan YPM yang pertama dan kedua iaitu untuk mengadakan kemudahan pelajaran dan latihan bagi Bumiputera, dan untuk menggalakkan pelajaran dan latihan Bumiputera.

Penubuhan kolej pertama iaitu MARA Community College (MCC) di Kuantan, Pahang pada tahun 1983, dan kejayaan perlaksanaan konsep Program "twinning" (2+2) dengan universiti-universiti Amerika Syarikat telah mengorak langkah YPM dengan pengendalian program konsep "twinning" ini dengan universiti-universiti di United Kingdom, Australia, Ireland dan Jepun. Seramai lebih 3,000 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara.

Post a Comment