Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) - 12 Januari 2023 [12 Kekosongan]

Post a Comment

Jawatan Kosong 2023 di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 - 12 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,315.00
Gaji Maksimum : RM9,618.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66); atau

(iii) ijazah Sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44); atau

(iv) ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,730.00); atau

(v) ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau

(vi) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penyelidik Gred Q41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(b) had umur pelantikan:

i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas:
  • menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
  • menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
  • melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Januari 2023 (Khamis) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong 2023 di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Latar Belakang

Keperluan untuk menubuhkan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bermula daripada hasil kajian Delft Hydraulics pada tahun 1990. Di dalam laporan kajian tersebut diperakukan penubuhan pusat penyelidikan dengan keupayaan untuk menjalankan kajian simulasi fizikal dan analisa hidrodinamik, proses morfologi dan ekologi serta interaksinya dengan aktiviti manusia. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 April 1993 telah meluluskan Penubuhan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dengan objektif penubuhan seperti berikut:

i. Untuk membangunkan kumpulan pakar dan memberi khidmat penyelidikan yang perlu dalam perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pelaksanaan kerja kejuruteraan yang berkaitan dengan pembangunan sumber air secara khusus dan alam sekitar secara amnya; dan

ii. Mewujudkan Pusat Tumpuan Penyelidikan Kebangsaan dalam bidang hidro- persekitaran.

Post a Comment