Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) - 24 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)


Jawatan:

1. ARTIS BUDAYA GRED B19 (PENARI) - 5 Kekosongan

Syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia

2. Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 28 tahun pada tarikh temu duga

3. Mempunyai bakat, kebolehan, daya kreativiti dan asas tarian tradisional serta moden

4. Ketinggian minimum 165 cm (lelaki) dan 157 cm (wanita) dengan berat badan yang seimbang


Sila bawa:

1. Resume beserta gambar saiz passport

2. Salinan Kad Pengenalan

3. Sijil dan salinan sijil (SPM, PMR atau SRP)

4. Sijil berhenti sekolah

5. Sijil kemahiran / bakat yang berkaitan


Makluman:

Pendaftaran permohonan jawatan hanya diterima melalui Online sahaja. Sebarang pertanyaan berhubung urusan pengambilan dan temu duga, sila berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Januari 2023 (Selasa) Jam 11.59 Malam.





Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)

Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Enakmen Suruhanjaya No. 22/1960. Kemudian Enakmen SPANP No. 22/1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen SPANP. No. 7/1991 yang mula berkuatkuasa mulai 01 Januari 1992. Pada Tahun 2019, semakan semula telah dibuat dan digantikan dengan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 1991 [Enakmen 21].

Berdasarkan Fasal 4 keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri  :-

4. (2) Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada :-

i)   Seorang Pengerusi
ii)  Seorang Timbalan Pengerusi; dan
iii)  Tidak kurang daripada empat (4) orang ahli lain, yang kesemuanya hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Menteri Besar. 

Post a Comment