Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor - 25 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,797.00
Gaji Maksimum : RM 5,753.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Diploma dalam Bidang Pembantu Perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialan pada Gred U29: RM1,797.00)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan.


Perhatian Kepada Pemohon:

(a) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan.

(b) Hanya permohonan yang disenarai-tapis sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.


Cara-cara Membuat Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam di https://ucs.uitm.edu.my/ atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

Sila kemukakan permohonan kepada:-

KETUA TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
UiTM CAWANGAN SELANGOR
KAMPUS PUNCAK ALAM
ARAS 3, BANGUNAN FF1
42300 BANDAR PUNCAK ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
No. Telefon: 03-32584012/4021/4003


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 25 Januari 2023 (Rabu)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor

Tentang

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor ditubuhkan hasil daripada transformasi UiTM yang mewujudkan Model Tadbir Urus 1 UiTM MultiSistem dengan fokus utamanya sebagai universiti berintensifkan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Penglibatan Masyarakat. UiTM Cawangan Selangor ditubuhkan secara rasminya pada 1 November 2015 dengan pelantikan Rektor pertama iaitu YBhg. Profesor Dr. Haji Zaini Abdullah.

Terdapat lima buah UiTM Cawangan Selangor iaitu:

UiTM Puncak Alam
UiTM Puncak Perdana
UiTM Dengkil
UiTM Sungai Buloh
UiTM Selayang

Sejarah Penubuhan

Kampus UiTM Puncak Alam ialah salah satu kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Selangor. Terletak di Puncak Alam, Kuala Selangor, kampus ini telah siap pada tahun 2009. Memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009 dengan menempatkan dua buah fakulti dan sebuah pusat akademik iaitu Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan serta Pusat Asasi. Direka sebagai 'kampus pintar', kampus ini mempunyai persekitaran moden yang sesuai untuk memupuk aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian UiTM Kampus Puncak Alam Fasa 1 pada 12 Februari 2010.Sehingga Mei 2010. UiTM Kampus Puncak Alam Zon 1 Fasa 1 telah beroperasi sepenuhnya dari segi infrastruktur dan pengurusan pentadbirannya. Pentadbiran kampus ini diterajui oleh seorang Penolong Naib Canselor (PNC) dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Kampus (HEP & Alumni dan Ketua-Ketua Bahagian/Unit), manakala Fakulti-Fakulti pula diterajui oleh Dekan-Dekan Fakulti dibantu oleh Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Program dan Pegawai-Pegawai Pentadbiran.

Post a Comment