Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Pendidikan Berterusan Dan Pengajian Profesional (ICEPS) - 1 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Institut Pendidikan Berterusan Dan Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Pendidikan Berterusan Dan Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM


Jawatan:

1. PEGAWAI EKSEKUTIF N29


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c) i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29 - RM1,493.00) atau

ii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada  Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95); dan

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya gred C (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan.


Perhatian Kepada Pemohon:

a. Permohonan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badanbadan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan.

b. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan salinan sijil-sijil yang DISAHKAN benar.

i. Salinan Kad Pengenalan.

ii. Salinan Sijil Kelahiran.

iii. Salinan Sijil Berhenti Sekolah/ PT3/ PMR/ SPM/ SVM/ STP/ STPM/STAM/ HSC/ Sijil Matrikulasi (KPM)/ Diploma atau setaraf.

iv. Surat pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada) untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji.

v. Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan yang berkenaan.


c. Pemohon hendaklah menulis jawatan yang dipohon di sebelah kanan atas sampul surat borang permohonan.

d. Permohonan yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


iii. Deskripsi Tugas (Umum)

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan pengambilan pelajar program francais, mengelola aktiviti-aktiviti pelajar francais di luar negara, membantu pendaftaran & validasi kursus, membantu audit peperiksaan, mengelola proses graduasi pelajar francais dan lain-lain berkaitan.


vi. Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun di laman sesawang https://iceps.uitm.edu.my.


Sila kemukakan permohonan kepada:-

KETUA
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL (iCEPS)
ARAS 1, UiTM - MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR

** Pada sampul permohonan hendaklah ditulis dengan nama jawatan yang dimohon (sebelah kanan bahagian atas).


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 01 Mac 2023




Jawatan Kosong 2021 di Institut Pendidikan Berterusan Dan Pengajian Profesional (ICEPS) Universiti Teknologi Mara

About

Institute of Continuing Education and Profesional Studies,uitm part time distance learning program through lms vle iclass mooc openlearning digital content.

Post a Comment