Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Integriti Malaysia (IIM) - 14 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Institut Integriti Malaysia (IIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Integriti Malaysia (IIM)


Jawatan:

1. AKAUNTAN GRED 41
RM 2,442.00 - RM 9,631.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)

Senarai Tugas Jawatan:

Memastikan pematuhan kepada Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia, Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa, peruntukan Akta Syarikat 2016 dan tatacara pengurusan kewangan;

Membantu merangka dan melaksanakan tatacara/garis panduan/prosedur kewangan untuk diguna pakai di IIM. Memastikan tatacara/garis panduan/prosedur kewangan dipatuhi oleh pegawai IIM

Berurusan dengan Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan bagi permohonan peruntukan bajet tahunan, penyediaan laporan aliran tunai dan penyaluran bajet kepada IIM;

Membantu Ketua Seksyen dalam penyediaan dan pemantauan bajet tahunan IIM;

Menyediakan laporan jualan dan perbelanjaan bulanan setiap seksyen sebelum dibentangkan oleh Ketua Seksyen di dalam Mesyuarat Pengurusan IIM. Memastikan kedudukan perbelanjaan seksyen tidak melebihi peruntukan dan membuat proses pindah peruntukan (virement) sekiranya perlu.

Menyemak dan memastikan akaun yang direkodkan dalam sistem perakaunan adalah tepat. Memastikan jualan, perbelanjaan dan penerimaan hasil IIM direkodkan pada setiap masa;

Menyemak dan mengesahkan penyata penyesuaian bank pada setiap bulan untuk memastikan baki tunai di dalam buku tunai dapat diselaraskan dengan baki tunai yang direkodkan dalam penyata bank;

Memastikan panjar wang runcit direkodkan dengan tepat dan mencukupi bagi pembayaran perbelanjaan kecil dan tuntutan perbelanjaan oleh pegawai IIM;

Memastikan semua dokumen & rekod kewangan dikepilkan bersama-sama dokumen sokongan dan difailkan dengan sempurna untuk memudahkan rujukan dan pemeriksaan audit.

Mengawal selia dan memantau pematuhan Seksyen Kewangan dan Akaun kepada keperluan MS ISO 37001:2016 ABMS, MS ISO 9001:2015 QMS, Pelan Antirasuah IIM dan lain-lain pelan/dokumen organisasi yang berkaitan;

Berurusan dengan Juruaudit Luar bagi proses pengauditan penyata kewangan IIM;

Berurusan dengan Agen Percukaian bagi tujuan pembayaran cukai korporat IIM;

Memantau pematuhan KPI dan SOP SKA seperti mana yang telah ditetapkan;

Memastikan sistem fail sentiasa berada dalam keadaan lengkap, kemas dan teratur; dan

Lain-lain tugas yang diarahkan dari pihak atasan dari semasa ke semasa.


Keperluan Pendidikan dan Kelayakan Akademik:

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) atau Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.


Kemahiran – kemahiran yang diperlukan:

Integriti;

Sifat kepimpinan yang tinggi;

Kemahiran komunikasi yang baik;

Pemikiran analitikal dan kritis;

Ketelitian yang tinggi;

Less supervision;

Proaktif dan inovatif;

Profesional; dan

Semangat berpasukan yang baik dengan ahli kumpulan.

Pengalaman kerja yang diperlukan:

Sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman di dalam pengurusan kewangan; dan

Pengalaman di dalam bidang audit luaran/dalaman merupakan kelebihan.


2. PEGAWAI PEROLEHAN GRED 41
RM 2,442.00 - RM 9,631.00 (tidak termasuk elaun/imbuhan)

Senarai Tugas Jawatan:

Merancang dan mengurus aktiviti perolehan bekalan, perkhidmatan dah kerja selaras dengan tatacara perolehan yang sedang berkuatkuasa

Bertanggungjawab dalam urusan perolehan bekalan/perkhidmatan /kerja secara pembelian terus, sebutharga dan tender

Mengurus dalam urusan penyediaan Surat Setuju Terima (SST).

Menyelaraskan urusan spesifikasi, teknikal, kewangan dan harga untuk perolehan secara tender dan sebutharga.

Mengemukakan laporan-laporan perolehan pada setiap bulan

Memastikan semua perolehan diuruskan secara cekap, berkesan, teratur dan telus.

Memastikan peruntukan seksyen masing-masing mencukupi untuk melakukan perolehan secara pembelian terus, sebutharga dan tender.

Memastikan perkhidmatan secara berkontrak (Running Contract) dipantau setiap masa.

Memastikan penyebutharga/penender memenuhi syarat - syarat yang ditentukan sepertimana yang dipersyaratkan di dalam dokumen tawaran

Meneliti dan menyemak terhadap penilaian tawaran dari pengguna supaya ianya jelas dan mudah difahami, alasan-alasan penolakan adalah kukuh dan munasabah mahupun alasan sokongan adalah betul dan tepat

Memastikan pematuhan kepada Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia, Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa, Peruntukan Akta Syarikat 2016 dan tatacara pengurusan kewangan

Menyediakan penyata kewangan yang lengkap dan tepat


Keperluan Pendidikan dan Kelayakan Akademik:

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Institusi Kerajaan Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA)


Kemahiran-kemahiran yang diperlukan:

Perolehan dalam pengurusan perolehan kerajaan

Pengurusan Kewangan dan Akaun

Pengalaman sebagai Juruaudit Luar adalah kelebihan

Pengalaman kerja yang diperlukan:

Berpengalaman sekurang - kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan


Permohonan boleh dihantar ke alamat emel (people@iim.gov.my), dengan memohon melalui portal MYFutureJobs (https://www.myfuturejobs.gov.my/) ATAU melalui portal JobStreet (https://www.jobstreet.com.my/). Link admin ada sediakan di bawah.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Februari 2023 (Selasa)





Jawatan Kosong 2021 di Institut Integriti Malaysia

Latar Belakang

Negara kita telah diimpikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi untuk menjadi sebuah negara bermasyarakat yang bermoral tinggi  dan beretika pada tahun 2020 apabila beliau mengisytiharkan penggerak utama impian ini iaitu Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 5 November 2003.

Perumusan PIN telah didasarkan pada semangat dan prinsip Wawasan 2020 secara khusus untuk memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu “Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi budi pekerti yang luhur”

Pelancaran PIN pada 23 April 2004 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah sekaligus melahirkan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) sebagai sebuah badan penyelaras dan pemantau kepada pelaksanaan Pelan Integriti Nasional dimana objektif utama INTEGRITI ialah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan mempunyai nilai-nilai murni sejagat.

Post a Comment