Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 21 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Jawatan:

1. PEMBANTU PENYELIDIK

Taraf Jawatan : Kontrak satu (1) tahun
(Pelanjutan kontrak adalah tertakluk kepada keperluan semasa)

Elaun/Upah : RM2,500.00/bulan

Syarat Lantikan Calon-calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a) Kelayakan akademik minimum calon ialah Sarjana Muda daripada universiti yang diiktiraf;

(b) Calon perlu lulus bahasa Malaysia;

(c) Calon yang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris dan Arab yang baik mempunyai kelebihan;

(d) Calon yang mempunyai latar belakang dalam urusan kepengarangan, penyuntingan dan/atau penerbitan mempunyai kelebihan;

(e) Calon yang pernah terlibat dalam penulisan dan/penyuntingan ilmiah (seperti Jurnal) mempunyai kelebihan; dan

(f) Calon perlu celik IT, dan memiliki kemahiran berkaitan perisian bahasa Arab/tulisan Arab mempunyai kelebihan.


Bidang Tugas:

(i) Membantu dalam proses dokumentasi permohonan perindeksan jurnal (Scopus,WoS);

(ii) Mengemaskini maklumat pada laman web Jurnal (OJS);

(iii) Membantu mengemaskini laman web jurnal;

(iv) Membantu mengemaskini maklumat panel pakar penilai jurnal;

(v) Membantu menguruskan proses proofreading manuskrip;

(vi) Membantu melaksanakan proses semakan plagiarism manuskrip melalui iThenticate;

(vii) Membantu urus setia penerbitan Jilid Khas Jurnal, jika ada;

(viii) Membantu menguruskan penghantaran manuskrip kepada sidang editor dan panel penilai untuk proses penilaian;

(ix) Membantu menguruskan mesyuarat Sidang Editorial Jurnal TAFHIM;

(x) Membantu memasukkan DOI jurnal dan perkara berkaitan;

(xi) Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Cara Permohonan:

(a) Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)

Tel: 03-62046374

(b) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

(c) Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.

(d) Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 21 Februari 2023.

(e) Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses

Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas dripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.


* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Februari 2023 (Selasa)


Jawatan Kosong 2022 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Senario dunia sentiasa berubah-ubah. Perubahan yang berlaku belum pernah dilihat sebelum ini. Di antara punca berlakunya perubahan ini adalah sebab-sebab perkembangan aspek-aspek teknologi, sosial, ekonomi dan politik. Kesannya, keutuhan sesuatu bangsa, sama ada umat Islam atau bukan Islam, akan teruji.

Pada hari ini, umat Islam terdapat di serata dunia. Kepelbagaian budaya dan ideologi umat Islam membawa cabaran besar terhadap pembentukan kefahaman dan interpretasi Islam sebagai satu agama dan cara hidup yang lengkap.

Agama Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ianya merangkumi satu sistem hidup yang menyeluruh dengan mengamalkan sikap terbuka, dinamik dan toleran.

Post a Comment