Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Ketua Menteri Melaka - 15 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Ketua Menteri Melaka | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Ketua Menteri Melaka


Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM H11 (PELAYAN DAN TUKANG KEMAS)

Nama Jawatan : Pembantu Awam
Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran (H)
Gred : H11
Taraf : Kontrak
Kementeraian/Jabatan : Jabatan Ketua Menteri Melaka

1. Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganera Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup jawatan.

(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00)

2. Syarat Kelayakan

2.1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2.2. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PT3/PMR/SRP, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PT3/PMR/SRP berikut:



2. PEMBANTU AWAM H11 (TUKANG MASAK)

Nama Jawatan : Pembantu Awam
Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran (H)
Gred : H11
Taraf : Kontrak
Kementeraian/Jabatan : Jabatan Ketua Menteri Melaka

1. Syarat Lantikan:

1.1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganera Malaysia

(b) Wanita sahaja dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00)

2. Syarat Kelayakan

2.1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2.2. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PT3/PMR/SRP, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PT3/PMR/SRP berikut:


3. PEMANDU KENDERAAN H11

Nama Jawatan : Pemandu Kenderaan, Gred H11
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Gred : H11
Taraf : Kontrak
Kementeraian/Jabatan : Jabatan Ketua Menteri Melaka

1. Syarat Lantikan:

1.1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganera Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan.

i. Lesen Kelas D H11: RM1,264.15
ii. Lesen Kelas E/E1/E2 H11: RM1,310.30
iii. Lesen Kelas F/H H11: RM1,356.45
iv. Lesen Kelas G/I H11: RM1,402.60


2. Syarat Kelayakan

2.1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/ PMR. (sekurang-kurangnya Gred C)


3. Syarat Tambahan

3.1. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];

3.2. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang meliputi oleh skim perkidmatan ini.


4. Permohonan

4.1. Permohonan hendaklah mengemukakan;

a) Resume bergambar yang lengkap

b) salinan kad pengenalan

c) Sijil Lahir

d) Salinan sijil akademik/ kemahiran dan transkrip akademik yang diakui sah seperti mana syarat-syarat yang ditetapkan

e) Sijil Berhenti Sekolah


4.2. Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Ketua Menteri Melaka
Aras 1, Blok Bentara
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka
(u.p Unit Perjawatan Kontrak)

4.3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Mac 2023 (Rabu)

4.4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan, hendaklah mengganggap permohonan tidak berjaya.

4.5. Permohonan yang berikut akan ditolak;

(a) Resume yang tidak lengkap;

(b) Tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;

(c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

(d) Tidak ditandatangani dan tiada pengesahan dokumen-dokumen yang diperlukan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2023 (Rabu)






Jawatan Kosong di Jabatan Ketua Menteri Melaka

Latar Belakang

Pada tahun 1983, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju menukar nama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka kepada Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Merujuk kepada rekod, pusat pentadbiran SUK selepas kemerdekaan tahun 1957 dikatakan berpusat di Wisma Negeri Jalan Hang Tuah di bawah pentadbiran Ketua Menteri Melaka yang Pertama iaitu Allahyarham Datuk Kurnia Jasa Othman Bin Talib.

JKMM merupakan jabatan terpenting di bawah kuasa Eksekutif Kerajaan Negeri yang berkuasa penuh terhadap semua dasar dan perintah-perintah kerajaaan. JKMM juga adalah penyelaras dan sebagai sumber rujukan bagi semua Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan, serta Pihak Berkuasa Tempatan. Jabatan Ketua Menteri Melaka yang kini berpusat di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh telah memulakan operasinya bermula 4 Mei 1999 bersamaan 29 Muharram 1421h. Kini, JKMM diterajui oleh 20 bahagian dan unit dibawah 2 sayap utama iaitu Sektor Pengurusan dan Sektor Pembangunan. Fungsi penubuhan JKMM adalah untuk merancang, merangka, menggubal dan melaksanakan Dasar Kerajaan Negeri, Dasar Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran negeri mengikut Jadual Ke Sembilan, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan dan juga peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Negeri.

Post a Comment