Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Laut Malaysia - 15 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Laut Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Laut Malaysia


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH

1. PEGAWAI LAUT GRED AL41 - 40 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 2,429.00
Gaji Maksimum : RM 9,637.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) (i) ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan maritim yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,429.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang nautical studies yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,531.88); atau

(iii) ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,531.88); atau

(iv) ijazah dalam bidang arkitek laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43); atau

(v) Chief Mate of 3000 GT or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43); atau

(vi) Second Engineer Officer of 3000 kW or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43); atau

(vii) Master of 3000 GT or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM3,154.55); atau

(viii) Chief Engineer Officer of 3000 kW or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM3,154.55).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
 
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Laut adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Laut Gred AL41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a) Memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(c) dan  

(b) had umur pelantikan:  
 
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
 
 
Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal-ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Laut Malaysia seluruh negeri. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Februari 2023 (Rabu) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong Kerajaan 2020 di Jabatan Laut Malaysia

Sejarah 

Sebelum tertubuhnya Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Laut terdiri daripada 3 buah Jabatan iaitu Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang mempunyai Ketua Perkhidmatan yang berbeza. Pada 1 Januari 2011, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia telah bergabung dengan Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak dan dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia di bawah Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia yang pertama iaitu YBhg. Dato' Kapten Haji Ahmad Bin Othman. Jabatan Laut adalah sebuah jabatan Kerajaan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.

Post a Comment