Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Jawatan Kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) - 14 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)


Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI (GRED N11)

Badan Berkanun : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Taraf Jawatan : Kontrak


Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM 1,216.00
Gaji Maksimum : RM 2,983.00


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penildian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji pbermulaan ialah pada Gred N11: RM 1,216.00); atau

Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P})]
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RN 1,262.15); dan

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Fungsi Bidang Tugas:

Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian yang melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis.


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat  http://ejawatan.llm.gov.my  (admin ada sediakan link di bawah) mulai 1 Februari 2023 (Rabu) hingga 14 Februari 2023 (Selasa).


Permohonan Ditolak:

Permohonan akan ditolak sekiranya:

i) Tidak lengkap;

ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

ii) © Permohonan diterima pada atau selepas tarikh tutup permohonan; dan


Catatan Am:

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.


*Sila rujuk syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Februari 2023 (Selasa)




Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Tentang kami

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1980 mengikut Akta 231 (Perbadanan 1980). Tujuan penubuhan LLM adalah untuk menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya- lebuh raya, mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Objektif penubuhan LLM pula adalah untuk merancang, merekabentuk, memaju, mengendali dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya moden yang lengkap dengan segala kemudahan dan keperluan bagi mengadakan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya yang cepat, selamat dan cekap untuk negara secara keseluruhannya, menghubungkan kesemua pekan utama yang sedia ada serta kawasan yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi, budaya dan sosial serta perpaduan negara dan membolehkan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya awam antara bandar yang berkesan diadakan di seluruh negara disamping melatih kakitangan bagi memajukan kepakaran mereka dalam semua aspek yang berkaitan dengan pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya.

Post a Comment