Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) - 6 Mac 2023

2 comments
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29 - 1 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,696.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan:

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau

ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau

iii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);

iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).

v) Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).

(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(c) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(d) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(e) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(f) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(g) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.


2. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19 - 5 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,360.00
Gaji Maksimum : RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan:

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(h) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(i) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(j) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(k) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(l) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(m) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(n) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.


3. PEMBANTU OPERASI N11 - 1 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,261.00
Gaji Maksimum : RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).


4. PEMBANTU AWAM KEMAHIRAN H11 - 1 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,218.00
Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Syarat Lantikan:

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,218.00) 

(Syarat Tambahan : Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia). (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).


Syarat Permohonan:

(1) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web https://eperjawatan.luas.gov.my. Sila rujuk 'manual pengguna' yang disediakan dalam talian.

(2) Penetapan pelantikan pegawai Perkhidmatan Awam di pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut ;

(a) Pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
(b) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor atau,
(c) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun. Pembuktian bagi mana-mana syarat pada perenggan seperti maksud di atas hendaklah dikemukakan melalui dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri.

(3) Setiap Pemohon perlu membeli No.Pin yang berharga RM10.00 bagi setiap jawatan. Pembayaran boleh dilakukan secara Tunai di Kaunter LUAS atau secara atas talian.

(4) Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga dan dimohon untuk membawa dokumen-dokumen asal seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil atau bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia, Sijil Kelulusan Persekolahan, Sijil Tamat Persekolahan, Ijazah/ Diploma dan transkrip/ Surat Pengesahan Kelulusan Akhir Peperiksaan daripada pusat-pusat pengajian, Sijil-sijil lain yang berkaitan dengan jawatan serta Sijil kegiatan luar.

(5) Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan sesalinan rekod Kenyataan Perkhidmatan (Buku Rekod Perkhidmatan Kerajaan ; BRP) yang terkini dan salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang disahkan.

(6) Calon hendaklah menghantar sesalinan permohonan yang lengkap dicetak melalui laman web https://eperjawatan.luas.gov.my dan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan empat (4) dan lima (5) kepada Unit Pengurusan Sumber Manusia LUAS pada atau sebelum tarikh tutup permohonan ke alamat seperti bawah :

Pengarah,
Lembaga Urus Air Selangor,
Tingkat 13, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari 06 Mac 2023 (Isnin)





Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)

Latar Belakang

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana.

Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

LUAS dilancarkan pada 18 September 1999, oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan Bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang.

2 comments

Post a Comment