Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) - 26 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N19

a) Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
b) Gred Jawatan : N19
c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
d) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
e) Taraf Jawatan : Tetap
f) Bilangan Kekosongan : 2 kekosongan (Tetap & Kontrak)
  
Jadual Gaji : Minimum RM1,352.00 - Maksimum RM4,003.00


Pegerakan Gaji:

Pergerakan gaji adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia berdasarkan prestasi perkhidmatan


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Tetap : Bertanggungjawab dalam melaksanakan pengurusan kewangan di Bahagian Khidmat Pengurusan yang melibatkan urusan pembelian, pembayaran, bil-bil, sebutharga, pendahuluan diri dan sebagainya supaya pembayaran dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan mengikut masa dan peraturan yang ditetapkan.

Kontrak : Bertanggungjawab dalam melaksanakan Pengurusan Wakaf, Baitulmal dan Kewangan di daerah bagi memastikan fungsi MAIK yang ditetapkan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.


Cara Memohon:

1. Semua permohonan adalah secara atas talian (online) dengan melayari Portal Majlis Agama Islam Negeri Kedah di alamat : http://Awww.maik.gov.my atau https://ikerja.kedah.gov.my. (link admin ada sediakan di bawah)

2) Sebarang keterangan lanjut boleh dirujuk kepada :

Majlis Agama Islam
Negeri Kedah Negeri Kedah Darul Aman
No. Telefon : 04-7026200

3) Permohonan jawatan kosong boleh dibuat mulai 12 Februari 2023 (Ahad) mulai 8.00 pagi.

4) Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 Februari 2023 (Ahad) Jam 4.30 petang.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah





Jawatan Kosong 2021 di Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK)

Latar Belakang

Majlis Agama Islam Negeri  Kedah (MAIK) merupakan sebuah perbadanan (badan) agama khas telah wujud sejak Kerajaan Negeri Kedah menerima pakai  Undang-undang Islam di dalam sistem pemerintahnya iaitu di antara tahun 1136 – 1179. Badan ini kekal turun – temurun sehingga sekarang. Walaubagaimanapun , struktur dan fungsinya telah dibuat penambahbaikan secara berterusan melalui proses perundangan bagi membolehkannya mentadbir  urus hal ehwal agama Islam dengan berkesan dan selari dengan perkembangan semasa.

MAIK yang ada sekarang  ditubuhkan pada tahun 2008 mengikut seksyen  5 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang  Islam (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 2008) iaitu undang-undang utama semasa yang digunapakai dalam mentadbir urus hal ehwal agama Islam negeri Kedah. Enakmen 2008 memperuntukkan identiti MAIK sebagai perbadanan boleh diubahsuai mengikut keperluan atau seperti yang dititah oleh Kebawah duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Post a Comment