Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Seremban - 15 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Bandaraya Seremban | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Seremban


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) N19 - 11 Kekosongan

Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi  Perkhidmatan : Pentadbiran & Sokongan
Jadual Gaji (Min. - Mak.) : RM1,352.00 - RM4,003.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) i) Warganegara Malaysia;

ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.


Syarat-Syarat Lantikan:

(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat lulus dalam empat (4) mata pelajaran dan mendapat Kepujian dalam dua (2) mata pelajaran termasuk subjek Bahasa Melayu.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam _ bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam _bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan  Pembantu) Operasi adalah  layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa  Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:

(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Cara Memohon:

a. Permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Bandaraya Seremban boleh dimuat turun selepas melengkapkan Borang Maklumat Pendaftaran di para enam (6) dan satu (1) borang adalah terhad untuk satu (1) jawatan sahaja.

b. Borang permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Bandaraya Seremban dan maklumat yang telah lengkap diisi periu dihantar terus ke Jabatan Khidmat Pengurusan beserta salinan maklumat-maklumat yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan Dan Profesional seperti berikut:-

i. Salinan kad pengenalan/MyKad;
(telah dipalang ’untuk kegunaan MBS sahaja’)

ii. Salinan Sijil Kelahiran;

iii. Salinan Sijil Berhenti Sekolah;

iv. Salinan sijil-sijil persekolahan/akademik;
(contoh: RP/PMR/PT3/SPM/SVM/STP/STPM/STAM/Dip./ljazah)

v. Salinan Transkrip bagi sijil yang berkenaan;

vi. Sijil selain daripada sijil akademik tidak perlu disertakan
(contoh: sijil kokurikulum, penghargaan, penyertaan, dil); dan

vii. Gambar berukuran passport.


c. Permohonan seperti berikut akan ditolak:

i Dokumen di para (b) (i -v & vii) tidak disertakan;

ii. Borang dan maklumat tidak lengkap atau tidak jelas;

iii. Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan; dan

iv. Tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat.


d. Tarikh akhir tutup dan penghantaran borang permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Bandaraya Seremban adalah pada 15 Februari 2023 jam 5.00 petang. Sebarang penghantaran borang selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan diterima.


Catatan Am (Penting - Sila Ambil Perhatian):

i. Sebarang tuntutan perbelanjaan kerana menghadiri temu duga kelak tidak akan ditanggung oleh Majlis Bandaraya Seremban; dan

ii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Semua pemohon WAJIB mengambil dan menyediakan tindakan seperti berikut:-

a. Mohon secara online dengan melengkapkan Borang Maklumat Pendaftaran dengan mengimbas QR Code yang disediakan. (link admin sediakan di bawah)

b. Memuat turun dan mencetak borang permohonan untuk jawatan di dalam perkhidmatan Majlis Bandaraya Seremban dan dihantar ke Jabatan Khidmat Pengurusan seperti keterangan di para 4 (d).


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Februari 2023 jam 5.00 petang





Jawatan Kosong 2021 di Majlis Bandaraya Seremban

Pengenalan

PKNNS merupakan salah sebuah Badan Berkanun Negeri Sembilan.  Secara umumnya PKNNS menjadi organisasi yang membantu Kerajaan Negeri di dalam membangunkan ekonomi di Negeri Sembilan.  Sejak daripada penubuhannya pada tahun 1969, PKNNS berpengalaman dalam membangunkan kawasan perindustrian, perumahan dan premis perniagaan.  Banyak kawasan telah melalui transformasi melalui pelaksanaan pembangunan tersebut.  Namun melalui peredaran  masa dan persaingan  ekonomi yang semakin terbuka, tuntutan  terhadap pengisian bagi mengiring pembangunan fizikal tersebut semakin ketara khususnya dalam menuju Negara maju. Justeru antara petunjuk utama ke arah mencapai pengisian tersebut adalah dengan membangunkan sektor keusahawanan.

Post a Comment