Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Labis (MDL) - 14 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Labis (MDL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Labis (MDL)


Jawatan:

1. PEMBANTU PENILAIAN (W19)

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
 
(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM 1,353.00); atau
 
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM 1,409.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM 1,465.80).


2. PEMANDU KENDERAAN (H11)

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lessen memandu dalm tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
- Lesen D : RM 1,264.15
- Lesen E/E1/E2 : RM 1,310.30
- Lesen F/H : RM 1,356.45
- Lesen G/I : RM 1,402.60


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/ jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/ jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian. 


Cara Permohonan:

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan harga RM1.00 satu set di Pejabat Majlis Daerah Labis atau dengan memuat turun borang di Laman Web www.mdlabis.gov.my atau Facebook rasmi kami iaitu Majlis Daerah Labis-Rasmi atau boleh didapati di Kaunter Pertanyaan Majlis Daerah Labis.

(b) Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH LABIS
85300 LABIS, JOHOR

(c) Sila nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat semasa memohon. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumendokumen seperti berikut:

(i) Kad pengenalan diri yang telah disahkan;
(ii) Sijil kelahiran yang telah disahkan;
(iii) Sijil Berherhenti Sekolah dan sijil persekolahan yang telah disahkan;
(iv) Kelulusan akademik (Sijil/Diploma/Ijazah)* mana yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon;
(v) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (jika Diploma/Ijazah sebenar masih belum diterima);
(vi) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran ‘passport’
(vii) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada) yang telah disahkan.

(d) Permohonan daripada jawatan Gred 29 hingga Gred 41 ke atas hendaklah disertakan dengan ‘video resume’ dalam bentuk softcopy sebagaimana berikut:-
 
(i) Berdurasi tidak lebih dari 3 minit.
(ii) Menggunakan suara sebenar pemohon.
(iii) Ringkasan latar belakang keluarga pemohon.
(iv) Ringkasan latar belakang pendidikan pemohon. 
(v) Ringkasan pengalaman kerja pemohon.
(vi) Pekerjaan / aktiviti terakhir atau semasa pemohon.
(vii) Ringkasan pencapaian / anugerah tertinggi pemohon.
(viii) Ringkasan dan hobi kegiatan luar pemohon.
(ix) Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ‘NGO’.
(x) Ringkasan kelebihan/ kesesuaian pemohon dengan jawatan yangdipohon.
(xi) Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.
(xii ) Ringkasan kelemahan/ kekurangan pemohon.

(e) Semua ‘video resume’ hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat mdlbs@johor.gov.my sebelum

(f) Bagi kelayakan Ijazah/ Diploma/ Sijil perlu mendapatkan pengiktirafan kelayakan di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan dilampirkan bersama resume permohonan.

(g) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan-badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 18 di bawah Peraturanperaturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

(h) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan butiran dan maklumat yang diperlukan.

(i) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat seperti dalam iklan akan DITOLAK serta-merta.

(j) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 

(k) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

(l) Pihak Pentadbiran Majlis Daerah Labis tiadak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

PERINGATAN : SEMUA SALINAN DOKUMEN DI ATAS HENDAKLAH DISAHKANOLEH PEGAWAI KERAJAAN ( KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ) ATAU PENGHULU MUKIM/KETUA KAMPUNG

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Februari 2023 (Jumaat)






Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Labis (MDL)

Latar Belakang

Daerah Kecil Labis dahulunya adalah gabungan beberapa Kampung Melayu yang di antaranya terdiri dari Kampung Paya Merah, Kampung Tenang, Kampung Sungai Gatom dan beberapa kampung lain.Penduduk kebanyakan bersawah padi untuk mendapatkan beras sebagai sumber makanan utama disamping ternakan ayam dan itik. Terdapat sebuah ladang getah yang dibuka oleh Inggeris dikenali sebagai North Labis Estate dan beberapa ladang di sekitar labis. Dengan adanya ladang kelapa sawit di chaah, telah menyebabkan kemasukan kaun India sebagai buruh di ladang.

Pekan Labis, Chaah dan Bekok pula, suatu masa dahulu adalah kawasan penempatan semula kaum cina semasa berlaku darurat, di mana kerajaan telah membina rumah-rumah tersusun bagi menempatkan penduduk-penduduk dari kawasan pendalaman dan hutan daripada diburu atau dipengaruhi anasir komunis pada masa itu.

Post a Comment