Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Rembau (MDR) - 17 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Rembau (MDR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Majlis Daerah Rembau (MDR)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19 - 3 kekosongan

2 Jawatan Kontrak : 
- Gaji Minimum : RM1,352.00 - Gaji Maksimum : RM4,003.00
- Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) : RM100.00

1 Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH)
- Upah : RM54.00 /Hari


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00) atau;

ii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setarafnya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40) atau;

iii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setarafnya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80) atau;

vi. Syarat Tambahan : Calon yang dilantik hendaklah memiliki Kepujian dalam Matematik dan Prinsip Perakaunan atau Simpan Kira-Kira. (b) Syarat Bahasa Melayu & Kemahiran Komputer (Wajib) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus lima subjek asas pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mahir dalam penggunaan komputer.


(c) Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, pembekalan dan perolehan dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan dan komunikasi).


2. PEMBANTU AWAM GRED (H11) - 1 kekosongan

- Taraf Jawatan : Tetap
- Gaji Minimum : RM1,218.00 - Gaji Maksimum : RM2,939.00
- Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) : RM80.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) i. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan pada Gred H11 : RM1,218.00)

ii. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (a) 


Deskripsi Tugas:

i. Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

ii. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan.


Cara Memohon:

(i) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan PERCUMA di Majlis Daerah Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Buat masa ini, borang permohonan boleh diperolehi dengan hadir sendiri ke MAJLIS DAERAH REMBAU atau pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Dearah Rembau di alamat www.mdr @ mdr.gov.my.

(ii) Permohonan yang memohon melebihi satu (1) jawatan hendaklah menggunakan borang permohonan yang berasingan. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran Passport, salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lainlain dokumen berkaitan yang telah diakui sah oleh Wakil Rakyat, manamana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa atau Penghulu dan Pengerusi JKKK yang mempunyai cop rasmi jawatan.

(iii) Permohonan berikut akan DI TOLAK ;

a) Tidak disertakan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan;
b) Tidak lengkap atau tidak terang;
c) Tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
d) Tidak ditandatangani oleh pemohon;
e) Tiada pengesahan oleh Kumpulan Pengurusan & Profesional;
f) Tiada Alamat Permohon Dan Melewati Tarikh Tutup Iklan. 

Permohonan hendaklah sampai kepada :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH REMBAU,
71309 REMBAU,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. 


Catatan Am:

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya.


*Sila rujuk klan kekosongan jawatan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 17 Februari 2023 (Jumaat)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap



Jawatan Kosong di Majlis Daerah Rembau (MDR)

Latar Belakang

Majlis Daerah Rembau sebuah badan pengawal tempatan yang ditubuhkan pada 1 Julai 1980 melalui Lembaran Negara kerajaan deklarasi No.334 pada 23 jun 1980. Ini adalah sebuah badan pengawal tempatan di bawah undang-undang Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Majlis Daerah Rembau adalah Parti Tempatan otoriter (PBT) yang orientasi warga perkhidmatan yang bertindak sebagai inisiator utama dalam membuat Rembau sebuah daerah yang indah dan dikembangkan.

Pembangunan kawasan pentadbiran sejajar dengan perkembangan seluruh Negeri Sembilan dengan fokus berada dalam industri, pelancongan dan sektor pertanian. Pembentukan infrastruktur yang cepat juga membantu meningkatkan aliran pelabur tempatan dan luar negeri dalam meningkatkan modal kemudian menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak bagi masyarakat.

Post a Comment