Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kubang Pasu - 2 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Kubang Pasu | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kubang Pasu


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29 - 1 Kekosongan

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) (i) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred L29 : RM1,773.00); atau

(ii) Diploma undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : RM1,847.86).


2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 - 2 Kekosongan

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).



3. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29 - 1 Kekosongan

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Kelayakan lantikan ke Jawatan Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29:

i. Sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

ii. Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)


4. PEMBANTU TADBIR  N19 - 7 Kekosongan

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau

ii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau

iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)


5. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19 - 1 Kekosongan

Syarat Kelayakan:


1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred U19: RM1,418.12)


6. PEMBANTU AWAM H11 - 10 Kekosongan

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan pada Gred H11: RM 1,218.00)


Arahan Kepada Pemohon:

1. Borang hendaklah di cetak sendiri untuk proses permohonan. (link muatturun borang admin sediakan di bawah)

2. Sila penuhkan butir-butir yang dikehendaki di dalam borang ini dengan tepat dan betul. Manamana maklumat atau senarai semakan yang TIDAK LENGKAP, borang permohonan TIDAK AKAN DITERIMA untuk diproses.

3. Jika maklumat tidak berkaitan gunakan simbol (-) tulis TIADA

4. Borang permohonan jawatan dan salinan sijil-sijil berkaitan hendaklah di “staple” dan tidak menggunakan “clipper” supaya tidak terpisah dengan borang permohonan jawatan.

5. Permohonan daripada kakitangan Jabatan Kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan LAPORAN SULIT JABATAN.

6. Permohonan lebih daripada satu jawatan hendaklah diisi dalam borang yang berasingan bagi tiaptiap jawatan. Satu salinan tiap-tiap sijil / surat lain hendaklah disertakan sebagai tanda pemohon mempunyai kelayakan akademik / lain-lain kelayakan juga dikehendaki.

7. Pemohon yang dipilih untuk temuduga akan diberitahu dan mereka mestilah membawa bersamasama sijil-sijil serta surat yang asal apabila menghadiri temuduga.

8. Tuntutan perbelanjaan perjalanan / lain-lain perbelanjaan berkenaan dengan permohonan ini tidak akan ditanggung oleh Majlis.

9. Jika didapati / diketahui terdapat butir-butir PALSU dikemukakan di dalam borang, maka permohonan tuan / puan akan DIBATALKAN SERTA-MERTA atau tidak akan diproses.

10. Setiap salinan sijil / dokumen hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.

11. Semak semua maklumat sebelum dihantar.

12. Tuliskan nama jawatan yang dipohon di atas sebelah kiri sampul surat.

13. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU,
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH KUBANG PASU,
06000 JITRA,
KEDAH DARUL AMAN.
(U.P. Bahagian Sumber Manusia)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Kubang Pasu

Latar Belakang

Lahirnya Kubang Pasu adalah kerana Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II, Sultan Kedah (1804-1843) telah menghadiahkan daerah ini kepada Tunku Anum kerana membalas jasanya mengalahkan dan membebaskan Kedah daripada cengkaman pihak Siam dan meletakkan kembali Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II di atas takhtanya. Tunku Anum menamakan negeri yang baru itu sebagai " Kubang Pasu Darul Qiyyam " atau " Negeri Yang Teguh Berdiri ".

Daerah Kubang Pasu terletak paling utara di negeri Kedah Darul Aman. Ianya bersempadan dengan negara Thailand di sebelah utara, daerah Padang Terap di sebelah timur, daerah Kota Setar di selatan, negeri Perlis Indera Kayangan dan Selat Melaka di sebelah barat.

Daerah Kubang Pasu mempunyai keluasan 94,596 hektar (945.971 km persegi). Sebahagian besar tanah daerah Kubang Pasu mempunyai tanah rata dengan sedikit berbukit di sebelah timur. Sebanyak 35% (33,773 hektar) tanah di daerah Kubang Pasu berada dalam kawasan MADA, manakala 65% (60,824 hektar) berada di luar kawasan MADA. Terdapat 21 mukim dalam daerah Kubang Pasu.

Post a Comment