Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) - 27 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)


Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41)

Gred Jawatan : Setara Gred F41
Gaji RM3,200.00 - RM4,000.00 (termasuk elaun).
Penetapan gaji adalah tertakluk kepada kelayakan akademik dan pengalaman.
Penempatan Ibu Pejabat MTIB, Kuala Lumpur
Taraf Jawatan Kontrak
Tempoh 2 tahun (berdasarkan prestasi tahunan).

a) Penyambungan kontrak akan dipertimbangkan berdasarkan kepada keperluan dan peraturan yang berkuatkuasa.

b) Pemberian kemudahan cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP serta kemudahan lain yang disediakan organisasi dan tertakluk peraturan yang berkuatkuasa.


Deskripsi Tugasan (Umum):

Bertanggungjawab membantu Seksyen Teknologi Maklumat untuk mengkaji dan menganalisis sistem sedia ada, merekabentuk, membangun, melaksana, menyelenggara dan menaik taraf sistem serta memproses maklumat bersesuaian dengan kegunaan organisasi.


Syarat Kelayakan:

a) Calon bagi lantikan ialah warganegara Malaysia.

b) Calon bagi lantikan berumur 18 hingga 48 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Calon bagi lantikan hendaklah sekurang-kurangnya memiliki kelayakan seperti berikut:

Ijazah Sarjana Muda Kepujian atau ljazah Sarjana atau ljazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Perisian atau Sains Komputer atau Teknologi Maklumat atau bidang berkaitan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan diberikan kepada calon berkelayakan dan memiliki ciri- ciri berikut:

a) PENTADBIRAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM (JAWATAN 1)

(i) Pengalaman dalam bidang-bidang berikut merupakan satu kelebihan:

- Kemahiran asas sebagai System Administrator.

- Pengalaman terlibat dalam pembangunan sistem menggunakan bahasa pengaturcaraan / development tools Java, PHP, Laravel Framework dan JasperReports.

- Kemahiran pentadbiran pangkalan data (Database Administrator) PostgreSQL

(ii) Graduan baharu menamatkan pengajian adalah digalakkan untuk memohon.


b) PENGURUSAN PROJEK DAN PEMBANGUNAN SISTEM (JAWATAN 2)

(i) Berpengalaman sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam pengurusan projek, pembangunan, penyelenggaraan atau pentadbiran sistem aplikasi;

(ii) Pemegang sijil profesional/bertauliah dalam pengurusan projek, pembangunan dan pentadbiran sistem merupakan satu kelebihan. (Contoh: System Administrator, Database Administrator (DBA), Requirement Engineering/ Business Analyst, Certified Tester, System Development, Information Security, IT Service Managemen/Web/Mobile Development, Data Science/Analytics, Server Virtualization).

c) Mempunyai minat untuk meningkatkan pengetahuan dan memiliki daya pemikiran analitikal dan kreatif.

d) Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan dengan pengawasan minimum serta menjalankan tugasan organisasi seperti diarahkan penyelia dari semasa ke semasa;

e) Bersedia bekerja lebin masa sekiranya diperlukan; dan menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa ditetapkan;

f) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik; dan

g) Mempunyai tahap kesihatan yang baik.


Prosedur Permohonan:

a) Calon yang layak dan berminat boleh memuat turun Borang Permohonan Pegawai Kontrak melalui laman sesawang www.mtib.gov.my.

b) Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan secara emel ke cfsit@mtib.gov.my atau dihantar secara serahan tangan/pos ke alamat seperti berikut:

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Tingkat 14, Menara PGRM, No. 8 Jalan Pudu Ulu,
56100 Cheras, Kuala Lumpur

U/P:
Timbalan Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan
(Pengurusan Sumber Manusia)

c) Permohonan hendaklah dimajukan seperti senarai semak dan salinan sijil-sijil yang disahkan seperti berikut:

(i) Borang permohonan (berserta gambar  berukuran passport)


(iii) Kad Pengenalan dan Surat Beranak;

(iv) ljazah berserta transkrip dan Surat Akuan Pengiktirafan ljazah/Diploma daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau JPA:

(v) Surat berhenti sekolah;

(vi) Sijil-sijil PMR, SPM, STPM atau setara yaang berkaitan;

(vii) Sijil-sijil profesional/ bertauliah dan lain-lain yang berkaitan.

d) Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan: cfsit@mtib.gov.my atau 03-92822235-1288 (Puan Nurul Ain Mokhtar).

e) Hanya calon yang disenarai pendek selepas tapisan pertama akan dijemput untuk menghadiri temuduga (termasuk ujian bertulis mengikut keperluan).

f) Sekiranya tiada maklumbalas dalam masa dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan, calon adalah dianggap tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 27 Februari 2023 (Isnin)





Jawatan Kosong di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

Latar Belakang

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia atau lebih dikenali sebagai MTIB adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi yang bertanggungjawab dalam menerajui dan memajukan industri perkayuan negara. MTIB berperanan sebagai penyelaras dalam merangka polisi dan strategi bagi membangunkan industri perkayuan negara supaya ia berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

MTIB ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105]. Akta ini adalah sebuah Akta Persekutuan Malaysia yang dibuat pada 1 Jun 1973 yang merupakan satu pertubuhan perbadanan atau sebuah agensi badan berkanun persekutuan di bawah naungan dan seliaan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). Bagi memastikan MTIB terus menjadi agensi peneraju dalam pembangunan industri perkayuan negara, Akta 105 telah melalui satu pindaan secara menyeluruh pada tahun 2010 dan seterusnya telah dikuatkuasakan melalui penyiaran dalam Warta Kerajaan pada 15 Mac 2011.

Post a Comment