Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) - 9 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)


Jawatan:

1. AKAUNTAN GRED WA41


Syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

3. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

4. Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;

5. Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA).

6. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Mohon:

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan sila kemukakan permohonan beserta resume lengkap dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan.


Catatan Am:

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya warga Negeri Pahang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak ini.

Sila kemukakan permohonan kepada:

Unit Pembangunan Organisasi,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Tingkat 2, Blok B, Wisma Sri Pahang,
25503 KUANTAN

atau emel ke: pobpsm@pahang.gov.my


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Februari 2023 (Khamis) Jam 11.59 Malam.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)

Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Enakmen Suruhanjaya No. 22/1960. Kemudian Enakmen SPANP No. 22/1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen SPANP. No. 7/1991 yang mula berkuatkuasa mulai 01 Januari 1992. Pada Tahun 2019, semakan semula telah dibuat dan digantikan dengan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 1991 [Enakmen 21].

Berdasarkan Fasal 4 keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri  :-

4. (2) Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada :-

i)   Seorang Pengerusi
ii)  Seorang Timbalan Pengerusi; dan
iii)  Tidak kurang daripada empat (4) orang ahli lain, yang kesemuanya hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Menteri Besar. 

Post a Comment