Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah - 2 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah


Jawatan Akademik:

1. PENSYARAH SAMBILAN SEPENUH MASA (PTFT)


Akademi / Fakulti & Bidang

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
1. Pengurusan Perniagaan
2. Kewangan
3. Pengurusan Operasi
4. Ekonomi
5. Perbankan Islam
6. Pengurusan Sumber Manusia
7. Pemasaran
8. Perniagaan Antarabangsa
9. Pengurusan Pejabat

Fakulti Sains Komputer dan Matematik
1. Sains Komputer
2. Matematik
3. Artificial Intelligence

Fakulti Pengurusan Maklumat
1. Record Management
2. Library Science Management
3. Information Management

Kolej Pengajian Seni Kreatif
1. Seni Reka Industri
2. Seni Reka Grafik dan Multimedia

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi 
1. Pentadbiran Awam

Fakulti Perakaunan
1. Financial Reporting
2. Taxation

Akademi Pengajian Islam Kontemporari
1. Muamalat
2. Pengajian Islam
3. Pemikiran dan Tamadun Islam


Syarat Kelayakan:

(a) Warganegara Malaysia

(b) Syarat kelayakan

i. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;

ii. Calon-calon mestilah memiliki CGPA 3.00 dan ke atas atau Kelas Kedua Tinggi di peringkat Sarjana Muda bagi semua bidang;

iii. Memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda / Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Universiti;

iv. Menguasai Bahasa Inggeris (lisan dan tulisan) dengan baik;

v. Telah tamat pengajian sepenuhnya (sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana);

vi. Calon yang sedang mengikuti program Sarjana tidak boleh dipertimbangkan walaupun telah memiliki Ijazah Sarjana Muda;

vii. Mempunyai rekod peribadi yang baik. Calon yang pernah dibuang kerja atas sebab tatatertib tidak boleh dipertimbangkan;

viii. Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.


Perhatian Kepada Pemohon:

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

3. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.

4. Pemohon–pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah.


Cara- Cara Membuat Permohonan:
 
(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa (PTFT) yang boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani.

(b) Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Mac 2023 (Khamis).

(c) Sila kemukakan permohonan kepada :

TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UiTM CAWANGAN KEDAH
KAMPUS SUNGAI PETANI
08400, MERBOK
KEDAH DARUL AMAN
NO. TEL: (04) 4562054 / 2056 / 2059


*Sila baca iklan kekosongan & lengkap sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 02 Mac 2023 (Khamis)





Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah

Sejarah

UiTM Kedah telah dirasmikan pada 1 Oktober 1997 oleh YB Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan. Ia memulakan operasi pertama pada November 1997 dengan 162 pelajar dan 25 kakitangan pentadbiran. Selaras dengan matlamat dan aspirasi kerajaan untuk membangunkan kemahiran Bumiputra dalam pelbagai bidang, universiti berfungsi sebagai pemangkin dalam membangunkan ekonomi dan pendidikan penduduk tempatan khususnya di negeri Kedah dan utara. Penubuhan kampus ini adalah berdasarkan pelan utama yang menganggap keupayaan maksimum 7000 pelajar.

Lokasi kampus ini merentasi kawasan seluas 350 ekar di Mukim Bujang (antara Semeling dan Merbok), yang terletak kira-kira 14 kilometer dari Sungai Petani dan dibangunkan berdasarkan kelulusan Rancangan Belanjawan Malaysia ke-6 dengan jumlah RM38.4 juta

Post a Comment