Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor - 30 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor


Jawatan:

1. JURURAWAT U29

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,797.00
Gaji Maksimum : RM 5,753.00


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga
Jururawat Malaysia (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jururawat Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jururawat Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)
(i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur pelantikan:
(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Cara-cara Membuat Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM di
https://pengambilanhuitm.uitm.edu.my dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan bermula 1 Februari 2023 hingga 30 April 2023. Setiap permohonan jawatan akan dikenakan bayaran RM10.00 dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian di UiTMPay.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan bolehlah merujuk kepada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia
Hospital Al-Sultan Abdullah
Universiti Teknologi MARA
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor Darul Ehsan
E-mel : hr_huitm@uitm.edu.my

No. Tel : (03) 3396 3362/3357/3359/3358/3336


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2023 (Ahad)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini




Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor

Tentang

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor ditubuhkan hasil daripada transformasi UiTM yang mewujudkan Model Tadbir Urus 1 UiTM MultiSistem dengan fokus utamanya sebagai universiti berintensifkan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Penglibatan Masyarakat. UiTM Cawangan Selangor ditubuhkan secara rasminya pada 1 November 2015 dengan pelantikan Rektor pertama iaitu YBhg. Profesor Dr. Haji Zaini Abdullah.

Terdapat lima buah UiTM Cawangan Selangor iaitu:

UiTM Puncak Alam
UiTM Puncak Perdana
UiTM Dengkil
UiTM Sungai Buloh
UiTM Selayang

Sejarah Penubuhan

Kampus UiTM Puncak Alam ialah salah satu kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Selangor. Terletak di Puncak Alam, Kuala Selangor, kampus ini telah siap pada tahun 2009. Memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009 dengan menempatkan dua buah fakulti dan sebuah pusat akademik iaitu Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan serta Pusat Asasi. Direka sebagai 'kampus pintar', kampus ini mempunyai persekitaran moden yang sesuai untuk memupuk aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian UiTM Kampus Puncak Alam Fasa 1 pada 12 Februari 2010.Sehingga Mei 2010. UiTM Kampus Puncak Alam Zon 1 Fasa 1 telah beroperasi sepenuhnya dari segi infrastruktur dan pengurusan pentadbirannya. Pentadbiran kampus ini diterajui oleh seorang Penolong Naib Canselor (PNC) dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Kampus (HEP & Alumni dan Ketua-Ketua Bahagian/Unit), manakala Fakulti-Fakulti pula diterajui oleh Dekan-Dekan Fakulti dibantu oleh Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Program dan Pegawai-Pegawai Pentadbiran.

Post a Comment