Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 2 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Jawatan:

1. PEGAWAI PERUBATAN UD53

Gaji Minimum : RM 6,182.00
Gaji Maksimum : RM 13,256.00

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM 900.00
Imbuhan Tetap Keraian (ITK)  : RM 800.00
Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) : RM 300.00
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) : RM 750.00
Bayaran Insentif Pakar (BIP) : RM 2,800.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) (i) ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred UD41: RM 2,947.00); atau

(ii) calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred UD41: RM 2,947.00)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Lantikan Terus Ke Gred UD53:

3. Calon bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD53 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(a), 1(b), 1(c), dan 2; dan

b) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan. (Gaji permulaan lantikan pada Gred UD53 : RM6,182.00)

Maklumat Tambahan:

4. Calon yang diperlukan adalah dalam bidang kepakaran berikut: Perubatan Kanak-kanak/Kecemasan

5. Pelantikan kontrak ini adalah menggunakan peruntukan mengurus OS11000, HPKK untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun berkuat kuasa mulai tarikh pegawai melapor diri bertugas sebelum boleh dipertimbangkan ke jawatan berstatus tetap.


2. PEGAWAI PERUBATAN UD55

Gaji Minimum : RM 6,182.00
Gaji Maksimum : RM 13,256.00

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM 1,100.00
Imbuhan Tetap Keraian (ITK) : RM 2,100.00
Bayaran Imbuhan Sara Hidup : (BISH) RM 300.00
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) : RM 750.00
Bayaran Insentif Pakar (BIP) : RM 3,000.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) i) ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred UD41: RM 2,947.00); atau

ii) calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred UD41: RM 2,947.00); dan

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Lantikan Terus Ke Gred Pakar UD55

3. Calon bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD55 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(a), 1(b), 1(c), dan 2; dan    

b) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan. (Gaji permulaan lantikan pada Gred Pakar UD55 : RM 6,504.00).

Syarat-syarat Tambahan Untuk Jawatan Pakar UD55:

a) Syarat Khusus
i) Telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun berada di gred hakiki UD53/54;
ii) tempoh diwartakan sebagai Pegawai Perubatan Pakar/Pegawai untuk tempoh sekurang-kurangnya lima (5) tahun;
iii) mendaftar di bawah National Specialist Register (NSR).

b) Syarat Kecemerlangan
i) Tiga (3) Peer Review (diiktiraf oleh Pakar Perubatan bidang yang sama dan sekurang-kurangnya satu (1) daripada luar organisasi);
ii) menghasilkan satu (1) penerbitan SCOPUS/ISI.

Pengkhususan Bidang : Anestesiologi


3. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

Gaji Minimum : RM1,204.00
Gaji Maksimum : RM3,001.00

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM95.00
Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM350.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;

b) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Gaji Permulaan ialah pada Gred U11 : RM 1,204.00

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam  subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah  Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kelayakan Akademik:

3.Calon yang memiliki kelayakan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan tertakluk calon berkenaan memiliki keputusan seperti berikut:

a) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
i) Memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘E’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik;
ii) Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan ‘Kepujian’ dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan.

b) Penilaian Menengah Rendah (PMR)
i) Memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘D’ dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik;
ii) Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan ‘Kepujian’ dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, calon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berkenaan.

 
Cara Memohon:

1. Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm  

2. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 

3. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Perkhidmatan Sumber Manusia
Aras 6, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani,
Hospital Pakar Kanak-kanak UKM (HPKK),
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, WP Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-9174 8664/8667/8669/8670

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 02 Mac 2023 (Khamis)




Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pengenalan

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.

Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.

Post a Comment