Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJOHOR) - 9 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJOHOR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJOHOR)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG (L29)

Skim Perkhidmatan : Penolong Pegawai Undang-Undang
Gred : L29
Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan dan Kehakiman
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Tempoh Lantikan : 2 tahun
Kekosongan Jawatan : 1 kekosongan

Jadual Gaji:
Minimum: RM 1,773.00
Maksimum: RM 5,674.00
Kenaikan.gaji Tahunan: RM 145.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklanjawatan; dan

(c) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29: RM1,773.00); atau

(d) diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29: RM1,847.86).

2. Calon bagi lantikan hendaklah lulus empat (4) mata pelajaran dan memiliki Kepujian dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Fungsi Bidang Tugas:

a) Membantu mengurus, merekod e-mel dan surat yang diterima oleh Seksyen Undang-Undang.

b) Menyelaras dan melaksanakan urusan berkaitan surat/dokumen dalaman untuk dimajukan kepada

c) Pejabat Penasihat Undang-Undang

d) Negeri Johor dengan kadar segera.

e) Membantu mengurus, menyemak dan merekod dokumen-dokumen di Seksyen Undang-Undang.
 
f) Mengemaskini data pendakwaan dalam rekod Seksyen Undang-Undang.

g) Membantu Pegawai Undang-Undang dalam penyediaan draf ulasan dan pandangan berhubung isu perundangan.

h) Menguruskan data/dokumen Pegawai Undang-Undang.

i) Membantu Pegawai Undang-Undang menyediakan dokumen, surat atau memo seperti yang diarahkan.




2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N29)

Skim Perkhidmatan : Penolong Pegawai Tadbir
Gred : N29
Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan - Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Tempoh Lantikan : 2 tahun
Kekosongan Jawatan ; 2 kekosongan

Jadual Gaji:
Minimum: RM 1,493.00
Maksimum: RM 5,672.00
Kenaikan.gaji Tahunan: RM. 145.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklanjawatan; dan

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf  setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(iii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf olehKerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

2. Calon bagi lantikan hendaklah lulus empat (4) mata dan memiliki Kepujian dua (2) mata pelajaran
termasuk Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. Fungsi Bidang Tugas:

1. Membantu, Melaksanakan, Menyediakan, Mengumpul, Merekod, Menyunting, Menyusun, Menghantar, Membangunkan, Mengemas kini dan Mencipta maklumat

i) Pola Migrasi bagi membolehkan jabatan menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

ii) Perangkaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas bagi membolehkan jabatan menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

iii) Trend Pendapatan & Perbelanjaan Isi Rumah bagi membolehkan jabatan menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

iv) Indeks Harga bagi membolehkan jabatan menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

2. Membantu pelaksanaan Bengkel Pembangunan Daerah bagi membolehkan Pegawai Sektoral mengetuai bengkel di peringkat daerah dengan cekap dan berkesa.

3. Membantu proses penyediaan Belanjawan Pembangunan bagi tahun semasa.

4. Membantu mengurus persiapan berkaitan Retreat Belanjawan Johor.

5. Membantu proses Penyediaan Ucapan Bajet Negeri Johor bagi memastikan kelancaran dan dapat dibentangkan di DUN mengikut jadual yang ditetapkan.


Cara Membuat Permohonan:

1. Permohonan hendaklah dilakukan secara dalam talian di https://jawatan.johor.gov.my (link admin ada sediakan di bawah)


2. Catatan Am:

i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/ senarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport terkini, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, sijil-sijil keputusan peperiksaan dan tamat persekolahan, serta Salinan pengiktirafan kelayakan dari Agensi kelayakan Malaysia (MQA) bagi kelulusan Diploma yang telah diakui sah salinannya.

iii. Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan, Badan-badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya dipanggil temuduga, hendaklah menyertakan Surat Sokongan dari Ketua Jabatan, Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini berserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi 3 (TIGA) tahun terakhir, secara fizikal

iv. Cetakan borang daripada system hendaklah dicetak bagi calon yang dipanggil untuk proses temuduga

v. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari Tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

vi. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab oleh pemohon sendiri.

SETIAUSAHA BAHAGIAN,
BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR
ARAS 1&2,BLOKB
BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD
KOTA ISKANDAR
79503 ISKANDAR PUTERI
JOHOR


*Sila baca iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 09 April 2023 Jam 5.00 Petang


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap & Muatturun Borang Permohonan


Jawatan Kosong 2023 di Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJOHOR)

Latar Belakang

Mengkaji semula dasar kerajaan, mengesan, meneliti dan memantau keberkesanan perancangan untuk projek-projek penswastaan, projek khas dan infrastruktur, perumahan dan kerajaan tempatan dari sudut pencapaian matlamat projek yang ditetapkan termasuk memperkasakan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor.

Menyelia, mengkaji dan menyelaras semula dokumen Pelan Induk Pembangunan Negeri, Pelan Ekonomi Negeri, Rancangan Struktur Wilayah, Daerah dan Tempatan, Belanjawan tahunan Negeri serta memastikan semua urusan pentadbiran kewangan diuruskan dengan cekap dan efisyen.

Menjalankan Kajian dan Penyelidikan, membuat penyelarasan dan pemantauan berkaitan isu-isu Pembangunan, Ekonomi, Sosial, Perikanan, Pertanian, Alam Sekitar, Pelancongan dan Pembangunan Wilayah Koridor Ekonomi di peringkat mikro dan makro.

Post a Comment