Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak - 15 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak


Jawatan:

1. JURUTERA (AWAM) J41

2. JURUTERA (MEKANIKAL) J41

3. ARKITEK J41

4. JURUUKUR BAHAN J41

5. PENOLONG JURUTERA (AWAM) JA29

6. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL) JA29

7. PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) JA29

8. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

9. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29

10. PENOLONG JURUUKUR JA29


Cara Memohon:

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan secara online melalui e-Recruitment, dan pemohon juga diwajibkan untuk memuat naik salinan sijil akademik berkenaan bersama transkrip untuk permohonan tersebut.

Semua calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan/ atau Unified Examination Certificate (UEC) hanya diperlukan lulus Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada lantikan pertama ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Pegawai bertaraf tetap dan telah disahkan dalam perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam boleh memohon untuk jawatan tersebut sekiranya mempunyai kelayakan berdasarkan syarat lantikan skim perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan sila layari laman sesawang e-Recruitment.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2023 (Rabu)


Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak

Tentang kami

Latar belakang Jabatan Kerja Raya Sarawak banyak berhubung kait dengan sejarah pembangunan infrastruktur di negeri Sarawak. Penubuhan jabatan ini sejak tahun 1882 adalah legasi tiga era penting dalam Kerajaan Sarawak iaitu, "Zaman Brooke (Rajah Putih dari 1882 - 1941)", "Zaman Koloni British (selepas Perang Dunia Kedua, 1946 - 1963)" dan "Zaman Selepas Kemerdekaan (Kerajaan Malaysia, 1963 hingga sekarang)."

Jabatan Kerja Raya Sarawak ini telah ditubuhkan dan diketuai oleh "Inspektorat Kerja Raya" pada tahun 1882, dan seterusnya diketuai oleh "Superintenden Kerja Raya dan Ukur" pada tahun 1897. Nama jawatan ini akhirnya ditukar kepada Pengarah Kerja Raya, Sarawak.

JKR Sarawak telah melalui proses penyelarasan semula peranan mereka iaitiu daripada "Pembina" kepada "Pengurus" bagi menjayakan aspirasi kerajaan negeri Sarawak. Peranan jabatan ini telah berevolusi ke arah Implementasi Projek Pembangunan melalui Penyusunan Semula Sumber Manusia, Penyelerasan Semula Struktur Organisasi dan penaiktarafan kompetensi teknikal.

Post a Comment