Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Kementerian Komunikasi dan Digital - 5 April 2023 [7 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Kementerian Komunikasi dan Digital | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Komunikasi dan Digital


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: DIPLOMA / MATRIKULASI / STAM / STPM / BAKAT

1. JURUFOTOGRAFI GRED B29 - 7 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,499.00
Gaji Maksimum : RM5,679.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


Kelayakan Lantikan Ke Gred B29

(i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau

(iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau

(iv) diploma dalam bidang fotografi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
 
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan  


Syarat Ujian Khas:

Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang seni foto, kamera filem atau seni lukis sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan. Calon yang memohon jawatan ini perlu memiliki kamera DSLR untuk dibawa bersama semasa menghadiri Ujian Bakat Jurufotografi.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab membuat liputan filem/video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas dan bertanggungjawab ke atas mutu teknik penghantaran dan peralatan.


Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Komunikasi dan Digital seluruh negeri. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 05 April 2023 (Rabu) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Kementerian Komunikasi dan Digital

Sejarah 

Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia , Nama singkatan, KKD. ialah penjenamaan semula daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berkuatkuasa pada 3 Disember 2022, oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Sejarah awal Kementerian Penerangan bermula pada awal abad ke-20 dengan wujudnya stesen-stesen radio yang merupakan saluran komunikasi terawal di negara ini. Radio telah digunakan untuk menyebarkan dakyah dan propaganda penjajah British dan Jepun bagi mempengaruhi minda dan meraih sokongan mereka. Manakala itu, Malayan Film Unit (MFU) melalui penerbitan filem-filem digunakan bagi melancarkan perang saraf dan gerak saraf terhadap pengaruh komunis yang mengancam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1945, Jabatan Perhubungan Raya ditubuhkan dan menjadi sebahagian jentera Kerajaan serta ditukar namanya ke Jabatan Perkhidmatan Penerangan (Federal Government's Information Services) pada tahun 1950.

Pada Oktober 1959, Tuan Syed Jaafar Albar telah dilantik sebagai Menteri Muda yang bertanggungjawab terhadap bidang penerangan dan penyiaran pada ketika itu.

Pada 1 Julai 1961, Kementerian Penerangan dan Penyiaran telah ditubuhkan dan diletak di bawah tanggungjawab Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan dibantu oleh seorang Menteri Muda, Encik Ismail bin Yusof.

Pelancaran perkhidmatan siaran televisyen dalam bentuk hitam putih pada tahun 1963 memperlihatkan perkembangan pesat bidang penyiaran. Studio pertamanya yang terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1978, majlis pelancaran TV warna ini dilancarkan sempena genap 15 tahun usia siaran TV di Malaysia pada 28 Disember 1978. Program dalam bentuk warna yang pertama disiarkan adalah siaran langsung program Puspawarna.

Post a Comment