Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) - 7 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (PERUNDANGAN) N41

Jadual Gaji:
Minimum : RM2,080.00
Maksimum : RM9,546.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(i) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau

(ii) Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination). dan

(b) Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Deskripsi Tugas:
 
Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas perundangan yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan Lembaga Pelabuhan Kelang.


C. Umur Pada Tarikh Tutup Iklan

Calon-calon lantikan tetap hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.


D. Cara Memohon

Borang permohonan jawatan kosong boleh diperolehi dari Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Pelabuhan Kelang atau dimuat turun melalui laman web LPK di www.pka.gov.my (admin ada sediakan link muatturun borang permohonan di bawah). Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah, Diplom a/ Sijil, Sijil-Sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain kelayakan yang berkaitan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

Pensurus Besar,
Lembaga Pelabuhan Kelang,
Bes Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara,
42005 Pelabuhan Klang, Selangor
[u.p: Pengurus Kanan (Sumber Manusia)]

Sila catitkan nama jawatan yang dipohon di tepi atas kiri sampul surat permohonan. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 07 April 2023 (Jumaat)



Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA)

Latar Belakang

Pelabuhan Kelang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia lebih kurang 40 km dari Ibu Negara, Bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya yang berdekatan dengan Lembah Kelang yang terkenal sebagai pusat perdagangan dan perindustrian negara dan juga sebagai kawasan berpenduduk yang paling ramai mempastikan bahawa peranan yang dimainkan oleh pelabuhan telah membantu membangunkan ekonomi negara. Berpandukan arahan Kerajan dalam tahun 1993, Pelabuhan Kelang kini telah dibangunkan sebagai Pusat Muatan Negara dan seterusnya sebagai pusat muatan pindah kapal bagi rantau ini.

Sejajar dengan pelbagai strategi bagi menggalakkan Pelabuhan Kelang menjadi pusat muatan negara sejak 1963, kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan di Pelabuhan Kelang kini setanding dengan pelabuhan-pelabuhan bertaraf dunia. Pelabuhan ini telah menjalin hubungan perdagangan dengan lebih 120 negara dan berurusan dengan lebih 500 pelabuhan seluruh dunia. Lokasinya yang ideal menjadikan pelabuhan sebagai pelabuhan persingahan yang pertama bagi kapal-kapal yang menuju arah ke timur dan singahan akhir bagi kapal-kapal menuju ke barat untuk laluan dagangan Timur Jauh Eropah.

Post a Comment