Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) - 23 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF)


Positions:

1. KERANI 

Syarat Kelayakan:

a) Memiliki dan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya;

b) Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;

c) Berkemahiran dalam penggunaan komputer;

d) Komited terhadap tugas yang diamanahkan dan boleh bekerja dalam pasukan;

e) Boleh bertugas di luar kawasan apabila diperlukan;

f) Mempunyai penampilan dan perwatakan yang menarik; dan

g) Berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.



Skop Tugas :

Kerani Operasi (1 kekosongan)

1) Bertanggungjawab melaksanakan tugas pengoperasian merangkumi tugas-tugas berkaitan urusniaga belian saham dan jualan saham.

2) Menerima dan menyelesaikan aduan berkaitan permasalahan urusniaga belian.

3) Membantu mengemaskini maklumat melibatkan data anggota.

4) Menguruskan pemfailan resit dan borang belian.

5) Sebarang arahan dari semasa ke semasa.


Kerani Sekretariat Anggota (2 kekosongan):

1) Membantu merekodkan dan menyelesaikan aduan dan pertanyaan awam melalui e-mail, aplikasi WhatsApp dan telefon.

2) Membantu hal pengoperasian keanggotaan.

3) Membantu menyelaras program libat urus dan Mesyuarat Agung Kawasan.

4) Membantu melaksanakan strategi penyampaian maklumat melalu aktiviti turun padang, libat urus dan pameran.

5) Merekodkan dan mengemaskini pelaporan dan sistem pemfailan jabatan.


Permohonan boleh dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN PEKERJAAN yang terdapat di laman web http://www.kpf.my/informasi/kerjaya.html dan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 23 Mac 2023 ke alamat:

Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia
Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad
Tingkat 8, Balai FELDA, Jalan Gurney 1
54000 Kuala Lumpur
Tel: 03-26942095 samb. 119/164/180
Emel : adminhr.kpf@felda.net.my

*Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi


Tarikh tutup : 23 Mac 2023 (Khamis)
                                                    



Jawatan Kosong 2021 di Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF)

Company Overview

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948. Bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda. Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.

Hasrat untuk menubuhkan KPF sebagai suatu wadah simpanan, pelaburan warga Felda telah dicetuskan pada Mesyuarat Lembaga FELDA yang ke 102 pada 15 Januari 1980 Yang dipengerusikan oleh Y.M Tan Sri Raja Muhammad Alias. Dengan iltizam yang tinggi pihak pengurusan ketika itu, maka Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di Bawah Ordinan Koperasi 1948(Digantikan oleh Akta Koperasi 1993).

Post a Comment