Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Islam Sarawak - 14 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Islam Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Islam Sarawak


Positions:

1. PENGURUS B
Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu (LHEIAM)

2. EKSEKUTIF C
Lembaga Hal Ehwal Islam dan Adat Melayu (LHEIAM)

3. EKSEKUTIF C
Biro Perkhidmatan Pendidikan-Majlis Islam Sarawak (BPP-MIS)

4. PEGAWAI A (GURU HAFAZAN)
Ma’had Tahfiz Tun Abdul-Rahman Ya’kub (MATTARY)

5. PEMBANTU PENTADBIRAN
Pusat Penerangan Islam – Majlis Islam Sarawak (IIC-MIS)


Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat seperti di atas boleh menghantar Borang Permohonan (boleh dimuat turun dari laman sesawang MIS) berserta resume yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja berserta salinan sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan) sebelum atau pada 14 Mac 2023 (Selasa) kepada:

SETIAUSAHA
MAJLIS ISLAM SARAWAK
ARAS 16, MAJMA’ TUANKU ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
LORONG P.RAMLEE, OFF JALAN P.RAMLEE
93400 KUCHING, SARAWAK
(u.p.: UNIT SUMBER MANUSIA, MIS)


Catatan Am:

(i) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri sampul surat.

(ii) Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

(iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup adalah dianggap tidak berjaya.


* Sila rujuk arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup : 14 Mac 2023 (Selasa)


Klik Untuk Baca Iklan Jawatan


Jawatan Kosong 2021 di Majlis Islam Sarawak

Latar Belakang

Aktiviti Islamiah telah bermula sekitar kurun ke-16 di kawasan-kawasan pesisir negeri Sarawak. Apabila Sarawak diperintah oleh keluarga Brooke pada tahun 1841, urusan berkaitan dengan Islam telah dikendalikan oleh Datu-Datu yang dilantik oleh kerajaan pada masa itu.

Penubuhan Majlis Islam Sarawak (MIS) adalah lahir daripada idea Majlis Syuyukh al-Islam. Idea penubuhan MIS ini telah dicetuskan oleh Datu Imam Abang Haji Morshidi dan pada masa itu dikenali sebagai Majlis Islam dan Adat Istiadat Melayu Sarawak yang ditubuhkan pada 17 Disember 1954 di bawah Oridinance Majlis Islam Incorporation(Laporan Majlis Islam Sarawak 1983: 1).

Tujuan penubuhan Majlis Islam Sarawak ketika itu adalah untuk mewujudkan sebuah institusi bagi mengawasi perjalanan Mahkamah Melayu yang merupakan anjakan paradigma dalam perundangan Adat Istiadat Melayu dan Agama Islam. Namun, tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan bidangkuasa Mahkamah Melayu dengan menilai semula Undang-Undang Mahkamah Melayu.

Post a Comment