Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) - 15 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)


Jawatan:

1. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA – GRED JA29

2. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA – GRED KP29

3. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN – GRED W29

4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29

5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED FA29

6. PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG) – GRED L19

7. PEMBANTU PENILAIAN – GRED W19

8. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – GRED W19

9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) – GRED N19

10. PEMBANTU KENDERAAN – GRED H11

11. PEMBANTU OPERASI – GRED N11


Perhatian Kepada Pemohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman iperjawatan.mpsepang.gov.my (link ada disediakan di bawah)

Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan memuatnaik salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah Diploma – jika berkenaan), transkrip keputusan peperiksaan semua semester berserta dengan sekeping gambar berukuran passport.

Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab `A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Prestasi.

Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


*Sila rujuk iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Mac 2023 (Rabu)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap



Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)

Latar Belakang

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSepang) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada semua warga Sepang. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MAJLIS PERBANDARAN SEPANG bertanggungjawab terhadap perancangan, pembangunan dan khidmat masyarakat.

Pada mulanya MPSepang dikenali sebagai Lembaga Bandaran Sepang dan kemudian dikenali dengan nama Majlis Daerah Sepang. Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri Selangor bertarikh 13 November 2002 telah menaik taraf Majlis Daerah Sepang kepada Majlis Perbandaran Sepang. Perakuan Suruhanjaya Pilihanraya melalui surat bertarikh 7 Mei 2003 turut dirujuk bagi kenaikan taraf ini. Pengesahan dari Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan telah diperolehi pada 19 Mac 2004.

Majlis Perbandaran Sepang disahkan naik taraf pada 3 Mac 2005. Kini keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang meliputi keseluruhan kawasan Daerah Sepang iaitu seluas 56,150 hektar (jumlah keluasan yang dinyatakan tidak termasuk kawasan tiga batu nautikal dari tikas air surut).

Post a Comment