Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) - 28 Mac 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP)


Jawatan:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)


Syarat-syarat Lantikan:

a. Memiliki kelayakan di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

b. Calon yang lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

c. PSH hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia.

d. PSH tidak termasuk dalam kategori pegawai awam seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa;

e. Tempoh perkhidmatan PSH tidak melebihi tiga (3) bulan. Walaubagaimanapun,sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi;

f. Calon yang dipilih hendaklah diperakui sihat oleh Ketua Jabatan
(tidak memerlukan pengesahan oleh pengawal perubatan berdaftar);

g. Waktu bekerja PSH adalah selama Sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat.

h. PSH tidak layak dibayar upah bagi cuti mingguan, cuti kelepasan am dan hari yang PSH tidak hadir bertugas; -

i. PSH tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa;

j. PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh kerajaan kepada mereka atau arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan:

k. PSH tidak layak menerima faedah persaraan seperti yang ditetapkan dalam undang- undang pencen yang berkuat kuasa;

l. Pengambilan FSH bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, PSH yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan melalui proses pengambilan biasa; dan

m. Ketua Jabatan hendaklah menamatkan perkhidmatan seseorang PSH apabila perkhidmatan tidak lagi diperlukan walaupun tempoh perkhidmatan PSH berkenaan masih belum tamat. ’


Klasifikast Perkhidmatan:

1. Membantu dan melaksanakan tugas-tugas di Jabatan Kesihatan Awam-dalam melancarkan tugasan pemberian dan kutipan sisa pepejal di laluan-laluan sekitar Langkawi.

2. Membantu dan melaksanakan tugas-tugas di Jabatan Penguatkuasaan.


Taraf Jawatan :  Pekerja Sambilan Harian (PSH)


Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

(i) Borang permohanan boleh didapati dengan mengambil sendiri di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan, 07000 Kuah, Langkawi, Kedar Darul Aman atau melayari laman web Majlis — www.mplbp.qov.my

ii) Borang yang telah lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, sijil kelahiran dan sijil-sijil kelulusan yang PERLU diperakui sah sebagai salinan sebenar oleh Pegawai Kerajaan kumpulan A (Gred 41 ke atas) sahaja. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat dan dialamatkan kepada :- |

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
BANDARAYA PELANCONGAN
07000 KUAH, LANGKAWI


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mac 2023 (Selasa)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong 2021 di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP)

Latar Belakang

Kawasan perkhidmatan Pekan Kuah dahulunya dikenali kawasan Sanitary Board. Selepas Perang Dunia Kedua iaitu semasa pemerintahan Inggeris Sanitary Board telah ditukarkan kepada Pengurusan Town Board Mulai tarhun 1945.

Majlis ini dikenali sebagai Majlis Daerah Langkawi mulai 29hb. April 1987, Majlis Daerah Langkawi diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal perancangan, perlesenan, kebersihan, bangunan, senitaman dan sebagainya selaras dengan akta-akta dan undang-undang kecil Majlis yang diguna pakai.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Langkawi yang diwartakan adalah seluas 47,848 hektar (478.48 km. persegi ) yang meliputi 104 buah pulau seluruh gugusan Pulau Langkawi.

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telahpun diwartakan pada 16 Disember 2000 dan pengisytiharannya telahpun disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 24 Mac 2001.