Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negeri Perlis - 31 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Sukan Negeri Perlis | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negeri Perlis


Jawatan:

1. JURULATIH KECERGASAN SEPENUH MASA 

Elaun Minimum (RM) : RM1,300.00 – RM1,500.00
Pengisian Kekosongan : 1 Kekosongan (Wanita Sahaja)
Klasifikasi Perkhidmatan : Pelaksana


Syarat-Syarat Kelayakan Pelantikan:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 20 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. Mempunyai kelayakan akademik seperti berikut;

(i). Diploma dalam bidang sains sukan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Elaun permulaan ialah: RM1,300.00); atau

(ii).Ijazah dalam bidang sains sukan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Elaun permulaan ialah: RM1,500.00).

d. Mempunyai pengalaman dalam bidang kecergasan atau suaian fizikal dan pengoperasian gimnasium sekurang-kurangnya satu (1) tahun;

e. Memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

f. Mempunyai kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti penggunaan komputer, internet, media sosial dan sebagainya akan diberi keutamaan;

g. Mempunyai kemahiran dalam merangka perancangan program latihan tahunan dan boleh bekerjasama dengan jurulatih spesifik sukan yang lain; dan

h. Memiliki sijil dalam bidang sains sukan daripada Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK)/ Institut Sukan Negara (ISN) adalah satu kelebihan.

*Keutamaan diberikan kepada bekas atlet Negeri Perlis yang berkelayakan.


Skop Fungsi Dan Tugas:

a. Bertanggungjawab dalam menyelaras serta menjalankan program latihan kecergasan atlet berpandukan pelan periodisasi mengikut keperluan spesifik sukan;

b. Memantau prestasi atlet dengan melakukan ujian kecergasan kepada atlet negeri dan menganalisis keputusan ujian untuk sebarang penambahbaikan dalam program latihan;

c. Memastikan semua pengurusan berkaitan dengan gimnasium termasuk peralatan dan aset berada dalam keadaan baik;

d. Membantu dalam memberikan perkhidmatan fisioterapi, pemulihan kecederaan dan perkhidmatan penyediaan makanan tambahan;

e. Menyelaras pengurusan dan mengendalikan penganjuran kursus atau bengkel yang berkaitan dengan bidang sains sukan; dan

f. Membantu melaksanakan pengurusan acara rasmi jabatan.


2. JURULATIH KECERGASAN SEPARUH MASA 

Elaun Minimum (RM) : RM450.00 – RM600.00
Pengisian Kekosongan : 1 Kekosongan (Wanita Sahaja)
Klasifikasi Perkhidmatan : Pelaksana


Syarat-Syarat Kelayakan Pelantikan:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 20 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. Mempunyai kelayakan akademik seperti berikut;

(i). Diploma dalam bidang sains sukan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Elaun permulaan ialah: RM450.00); atau

(ii). Ijazah dalam bidang sains sukan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Elaun permulaan ialah: RM600.00).

d. Mempunyai pengalaman dalam bidang kecergasan atau suaian fizikal dan pengoperasian gimnasium sekurang-kurangnya satu (1) tahun;

e. Memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

f. Mempunyai kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti penggunaan komputer, internet, media sosial dan sebagainya akan diberi keutamaan;

g. Mempunyai kemahiran dalam merangka perancangan program latihan tahunan dan boleh bekerjasama dengan jurulatih spesifik sukan yang lain; dan

h. Memiliki sijil dalam bidang sains sukan daripada Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK)/ Institut Sukan Negara (ISN) adalah satu kelebihan.

*Keutamaan diberikan kepada bekas atlet Negeri Perlis yang berkelayakan.


Skop Fungsi Dan Tugas:

a. Bertanggungjawab dalam menyelaras serta menjalankan program latihan kecergasan atlet berpandukan pelan periodisasi mengikut keperluan spesifik sukan;

b. Membantu pemantauan prestasi atlet dengan melakukan ujian kecergasan kepada atlet negeri dan menganalisis keputusan ujian untuk sebarang penambahbaikan dalam program latihan;

c. Membantu memastikan semua pengurusan berkaitan dengan gimnasium termasuk peralatan dan aset berada dalam keadaan baik;

d. Membantu dalam memberikan perkhidmatan fisioterapi, pemulihan kecederaan dan perkhidmatan penyediaan makanan tambahan;

e. Membantu menyelaras pengurusan dan mengendalikan penganjuran kursus atau bengkel yang berkaitan dengan bidang sains sukan; dan

f. Membantu melaksanakan pengurusan acara rasmi jabatan.


Cara Memohon:

1. Semua permohonan perlu dilaksanakan secara bertulis dengan menyertakan maklumat dan butiran seperti berikut:

i. Borang Permohonan (Lampiran 1) yang LENGKAP;

ii. Gambar terkini berukuran pasport;

iii. Salinan Kad Pengenalan Malaysia;

iv. Salinan Sijil Akademik Ijazah/ Diploma/ STPM/ SPM dan yang berkaitan;

v. Lain-lain salinan dokumen sokongan seperti Sijil Sains Sukan/ Lesen Kejurulatihan/ Sijil Penglibatan Sukan Tertinggi/ Sijil Kemahiran yang berkaitan;

vi. Surat/ Sijil Tamat Pengajian dan Tamat Persekolahan. Semua salinan dokumen (iii, iv, v, dan vi) perlulah disahkan.

2. Semua maklumat beserta dokumen-dokumen yang lengkap seperti berikut di atas beserta dengan Borang Permohonan (Lampiran 1) hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Mac 2023 (Jumaat) kepada alamat e-mel msnperlis@perlis.gov.my atau dialamatkan kepada:

Pengarah
Majlis Sukan Negeri Perlis
Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
01000 Kangar
PERLIS

3. Pemohonan yang dihantar melalui perkhidmatan pos hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sudut kanan atas sampul surat;

4. Pemohonan yang dihantar melalui e-mel kepada msnperlis@perlis.gov.my perlu dihantar dengan tajuk “PERMOHONON PERJAWATAN: JURULATIH KECERGASAN SEPENUH MASA”;

5. Borang permohonan dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan seperti berikut:


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2023 (Jumaat)


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negeri Perlis

Fungsi Umum:

Memastikan pengurusan Majlis Sukan Negeri Perlis berfungsi berdasarkan tujuan majlis serta mengikut kehendak-kehendak Akta Majlis Sukan Negara dan diselaraskan dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri.

Fungsi Khusus:
  • Menjalankan tujuan majlis untuk memajukan kepentingan sukan negeri, melakukan penyelarasan Persatuan Sukan Negeri dan mentadbirkan wang bagi mencapai tujuan majlis;
  • Membuat syor kepada Kerajaan Negeri mengenai cara, langkah dan dasar bagi memudahkan kemajuan sukan dan jika diluluskan oleh Kerajaan Negeri, untuk melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor itu; dan
  • Mengambil segala langkah yang difikirkan perlu bagi mencapai kemajuan sukan di Negeri Perlis.

Post a Comment