Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di MyANGKASA Holdings Sdn Bhd - 23 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di MyANGKASA Holdings Sdn Bhd | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di MyANGKASA Holdings Sdn Bhd


Jawatan:

1. EKSEKUTIF

Kelayakan / Pengalaman:

• Memiliki Diploma atau Ijazah dalam bidang Perniagaan / Pemasaran / Ekonomi / atau yang setaraf dengannya.

• Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1- 2 tahun dalam bidang perniagaan, pemasaran. Jika tiada pengalaman juga boleh memohon.

• Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (Melayu dan English).

• Mempunyai keperibadian yang amanah, bertanggungjawab dan komited.

• Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri. 


Diskripsi Tugas:

• Menyediakan kertas kerja untuk Mesyuarat Exco bagi mendapatkan kelulusan dan pertimbangan.

• Menjadi Sekretariat Jawatankuasa Exco Perniagaan.

• Menerima, dan membuat laporan untuk cadangan-cadangan perniagaan baru.

• Menganalisis dan melakukan penyaringan bersama-sama Pengurus untuk syarikat-syarikat yang ingin berkolaborasi dengan MHSB.

• Sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan dan rakan niaga untuk mengekalkan hubungan baik dengan mereka.

• Bertanggungjawab menyediakan laporan Jawatankuasa Exco perniagaan kepada pihak pengurusan.

• Menyediakan laporan prestasi perniagaan syarikat-syarikat bersekutu dan rakan niaga.



2. PEMBANTU TADBIR

Kelayakan / Pengalaman:

• Berkelulusan Minimum SPM / STPM / Diploma.

• Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang pentadbiran, operasi dan pengkeraniaan.

• Mahir menggunakan Microsoft Office (Excel, dan Word, Power Point,).

• Boleh bekerja di bawah tekanan dan bekerja lebih masa.

• Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (Melayu dan English).

• Boleh menerima arahan, jujur, amanah dan dedikasi terhadap tugas.

• Mempunyai lesen kereta atau motorsikal. (B2/D).


Diskripsi Tugas:

• Membantu menguruskan urusan berkaitan pentadbiran, operasi dan pengkeranian.

• Mengurus dan mengekalkan sistem pemfailan yang cekap.

• Membantu mengurus dan merekodkan semua surat menyurat syarikat.

• Menjaga dan menguruskan peralatan pejabat serta kebersihan pejabat.

• Membantu dalam menyediakan kertas kerja dan minit Mesyuarat Lembaga Pengarah MHSB dan anak-anak syarikat.

• Merekod dan mengemaskini cuti kakitangan.

• Menjawab panggilan telefon dan menyambungkan kepada kakitangan berkenaan.

• Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume terkini dan Sijil - Sijil ke alamat email:
hrmhsbrecruitment@gmail.com

Hanya permohonan yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubungi nombor talian 03-78846788 (ext:6687)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 23 Mac 2023 (Selasa)





Jawatan Kosong 2022 di MyANGKASA Holdings Sdn Bhd

Latar Belakang

In 2012, the 28th ANGKASA Annual Conference approved the ANGKASA Business plan to establish a subsidiary that will manage and implement the expansion of ANGKASA's business activities. Accordingly, MyANGKASA Holdings Sdn Bhd was incorporated in December 2012 and officially commenced operations in April 2013.

MyANGKASA Holdings Sdn Bhd is the business activity expansion arm of ANGKASA which develops and manages businesses with partners inside and outside the cooperative space. These businesses will be conducted through the formation of subsidiaries.

Post a Comment