Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) - 31 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)


Jawatan:

1. JURUTERA ELEKTRIK – (KONTRAK) 

Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
Gred : IP8
Skala Gaji : RM2,688.00 – RM9,630.00

Syarat kelayakan:

• Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

• Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

• Mempunyai pengalaman dalam bidang sekurang-kurangnya tiga (3) hingga lima (5) tahun; dan

• Mempunyai sijil registered by Board Of Engineers Malaysia (BEM).


2. PENOLONG JURUTERA MEKANIKAL - (KONTRAK)

Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gred : IP10
Skala Gaji : RM1,963.00 – RM6,123.00

Syarat kelayakan:

• Diploma Kejuruteraan Mekanikal/ Elektrikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

• Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

Keutamaan:

• Mempunyai pengalaman dalam bidang sekurang-kurangnya tiga (3) hingga lima (5) tahun.


3. PENYAMBUT TETAMU – (KONTRAK)

Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gred : IP10
Skala Gaji : RM1,963.00 – RM6,123.00

Syarat kelayakan:

• Diploma dalam bidang komunikasi/ Sijil Mass Communication/ bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

• Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

• Mempunyai pengalaman dalam bidang sekurang-kurangnya tiga (3) hingga lima (5) tahun; dan

• Fasih berbahasa Mandarin atau Tamil selain dari bahasa Malaysia/ Melayu dan Inggeris.


4. PEMBANTU AKAUNTAN – (KONTRAK)

Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gred : IP12
Skala Gaji : RM1,408.00 – RM4,691.00

Syarat kelayakan:

• Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; dan

• Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


5. (i) PEMBANTU HARTA INTELEK – (KONTRAK)
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT (IBU PEJABAT)

(ii) PEMBANTU HARTA INTELEK – (KONTRAK)
PEJ. CAWANGAN MYIPO ZON UTARA (PULAU PINANG)

Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gred : IP12
Skala Gaji : RM1,408.00 – RM4,691.00

Syarat kelayakan:

• Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

• Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Membuat Permohonan:

Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MyIPO yang boleh diperolehi dengan memuat turun di laman web kami bersama-sama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya pada 31 Mac 2023 kepada:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.


Penting:

1) Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan Pengiktirafan Diploma/ Ijazah daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan semakan pengiktirafan boleh dibuat di alamat web berikut:
(http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm) atau
(https://www2.mqa.gov.my/mqr/); dan

2) Pemohon hendaklah menyertakan SIJIL VAKSINASI LENGKAP 2 DOS COVID-19 (diwajibkan) serta dos penggalak (jika ada).


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2023 (Jumaat)




Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Latar Belakang

Sebelum tahun 1983, hak-hak harta intelek di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Pejabat ini kemudiannya telah ditukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten dalam tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Pada 27 Oktober 1990, Kementerian telah membuat penyusunan semula dan seterusnya Pejabat ini telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  telah ditukar nama kepada Bahagian Harta Intelek (BHI). Bahagian ini bertanggungjawab mentadbir Akta Paten 1983, Akta Cap Dagangan 1976, dan Akta Hakcipta 1987.

Post a Comment