Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) - 22 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (N41)

Jadual Gaji:
Gaji : RM2,080.00 (Min.) – RM9,546.00 (Mak.)
Imbuhan Tetap Keraian : RM300.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Elaun Sara Hidup : RM300.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,080.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : RM2,283.43).

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. PEMBANTU MUZIUM (S19)

Jadual Gaji:
Gaji : RM1,352.00 (Min.) – RM4,003.00 (Mak.)
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Elaun Sara Hidup : Antara RM150.00 – RM350.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu subjek Sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi, Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,464.80).


3. PEREKA (B19)

Jadual Gaji:
Gaji : RM1,360.00 (Min.) – RM4,032.00 (Mak.)
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Elaun Sara Hidup : Antara RM150.00 – RM350.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

(iii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).


4. ARTIS BUDAYA (B19)

Jadual Gaji:
Gaji : RM1,360.00 (Min.) – RM4,032.00 (Mak.)
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Elaun Sara Hidup : Antara RM150.00 – RM350.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,360.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,360.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,418.12); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B19 : RM1,476.24)


Cara Permohonan:

i. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PADAT (1) yang boleh didapati secara percuma di Kaunter Muzium Sultan Alam Shah atau melalui laman sesawang www.padat.gov.my dan dialamatkan kepada:

Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor,
D/A Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 Shah Alam.

ii. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Jabatan.

iii. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga dan permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

iv. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup ATAU selepas 6 bulan dari tarikh temu duga (sekiranya dipanggil temu duga) adalah dianggap tidak berjaya.

v. Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mac 2023 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 22 Mac 2023 (Rabu)




Jawatan Kosong di Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)

Sejarah

Sejarah penubuhan Muzium Negeri Selangor telah pun bermula lebih awal lagi iaitu pada tahun 1987. Ketika itu Muzium Negeri Selangor yang ditubuhkan oleh pihak British bukanlah Muzium Selangor yang ada pada hari ini. Pengasasnya ketika itu ialah H.C. Syers. Usaha-usaha untuk mengumpulkan artifak-artifak zaman pra-sejarah untuk dipamerkan di muzium tersebut telah bermula sejak tahun 1894 lagi di mana J.P. Rodger telah menghadiahkan beberapa kapak atau beliung yang dikenali sebagai "Batu Lintar" pada masa itu kepada muzium tersebut.

Pada tahun 1905, apabila H.C. Robinson menjadi Kurator Muzium Negeri Selangor, beliau memperolehi beberapa kapak atau beliung batu (tetapi bukan daripada kawasan Selangor) untuk dipamerkan di Muzium tersebut. Menurut H.C. Robinson pula, banyak lagi alat-alat batu zaman pra-sejarah telah diperolehi antara tahun 1906-1907. Untuk beberapa lama sehingga tahun 1930-an, tidak memperlihatkan sebarang minat yang nyata terhadap penyelidikan pra-sejarah di kawasan ini pada tahap tersebut.

Post a Comment