Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Jawatan Kosong di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - 4 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


Jawatan:

1. PEGAWAI PENYELIDIK RISIKO GRED 26

Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan dalam bidang Pelaburan/ Pengurusan Risiko / Kewangan atau bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

3. Memiliki Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang ”market risk management including development of market risk policy, market risk model and independent credit risk assessment.”

5. Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik;dan

6. Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.


Tanggungjawab:

1. Melaporkan kepada Ketua Cawangan Pengurusan Risiko, Ketua Risiko Pelaburan akan berfungsi sebagai pemimpin kanan dengan dua tanggungjawab untuk pengawasan risiko pelaburan bebas dan kepimpinan pemikiran, menyediakan kedua-dua perspektif pelaburan sejarah dan wawasan pelaburan masa depan;

2. Melaksanakan pelan inisiatif risiko pelaburan berlandaskan rangka kerja risiko pelaburan yang ditetapkan serta standard pasaran semasa;

3.Melaksanakan penilaian risiko secara bebas bagi pelan strategi dan proses serta cadangan-cadangan pelaburan di organisasi;

4. Wujudkan dan memudahkan semakan/perbincangan portfolio yang kerap dengan pasukan pengurusan portfolio yang berkaitan untuk memahami pendedahan dan risiko yang diambil, dengan matlamat membantu mencapai objektif;

5. Menyumbang kepada proses pelaburan dengan merangka pendapat yang dipacu data mengenai pengurusan keseluruhan risiko, dan kesan khusus faktor makroekonomi terhadap proses membuat keputusan pelaburan dan risiko dalam portfolio;

6. Melaksanakan pemantauan dan kawalan risiko pelaburan mengikut metodologi risiko pasaran dan kredit yang bersesuaian termasuk program pengujian tekanan portfolio (stress testing);

7. Memantau and melaporkan risiko-risiko pelaburan yang telah dikenalpasti dan memastikan pelan tindakan susulan diambil bagi memitigasi risiko tersebut;

8. Berkongsi dengan Data, Teknologi dan pasukan Pengurusan Risiko lain (iaitu risiko perusahaan dan kawalan dalaman) untuk membangunkan alat analisis risiko dan pemodelan risiko;

9. Menyediakan laporan berkala pengurusan risiko dan aktiviti risiko pelaburan mengikut keperluan;

10. Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Cawangan Pengurusan Risiko dan Ketua Bahagian Audit & Risiko


Lingkungan Gaji:

• Min. RM9,100.00 - Mak. RM25,500.00


Waktu bekerja:

• 8.00 jam

2. JURUTERA GRED 24

Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 Tahun dan ke atas;

2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Kejuruteraan Awam/Struktur/Senibina atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

3. Memiliki Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.

5. Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik; dan

6. Bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan dan bersedia untuk bertugas di Ibu Pejabat PERKESO.


Tanggungjawab:

1. Menguruskan skop kerja dan spesifikasi serta rekabentuk bagi sivil dan struktural dan architectural dan spesifikasi kerja melibatkan pembangunan baharu/ ubahsuai/ menaiktaraf bangunan PERKESO serta fasilitinya dan yang berkaitan termasuk di tapak bina;

2. Melaksanakan pemantauan di tapak serta membuat pelapuran berjadual status kemajuan kerja fizikal dan kewangan dan lain-lain yang berkaitan;

3. Mengurus, menyelia dan menyedia pengurusan fasiliti (Aset Tak Alih Hartanah PERKESO);

4. Mengurus dokumentasi dan pematuhan hartanah PERKESO kepada pihak berkuasa tempatan;

5. Sebagai Pegawai yang bertanggungjawab (PIC) bagi kawalan dan pelapuran KPI Cawangan;

6. Sebagai Pegawai Strategic Management Officer (SMO) Cawangan Pengurusan Hartanah;

7. Juruaudit Kualiti Dalaman Integrated Management System MS ISO 37001: 2016 Anti-Bribery Management System (IMS);

8. Ahli Jawatankuasa Penilaian Perunding Projek / Perkhidmatan bangunan/ Fasiliti yang akan dilantik; dan

9. Ahli Jawatankuasa Penilaian Teknikal bagi Tender/Sebutharga bagi perkhidmatan /kerja yang diuruskan oleh Cawangan Pengurusan Hartanah

Lingkungan Gaji:

• Min.RM5,600.00-Mak.RM19,000.00


Waktu bekerja:

• 8.00 jam



Tarikh Tutup Permohonan : 04 April 2023


*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong 2023 di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Sejarah

Sejarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sebagai sebuah Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 di bawah Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. PERKESO diamanahkan untuk mentadbir dua skim keselamatan sosial iaiatu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja daripada kejadian luar jangka bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan. Skim Keilatan pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab.

Skim Keselamatan Sosial di negara ini sebenarnya bermula sejak tahun 1958 iaitu sejurus selepas Malaya mencapai kemerdekaan. Pada masa itu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menjalankan satu kajian mengenai keselamatan sosial. Pada tahun 1962, sebuah jawatankuasa tertinggi telah dibentuk untuk mengkaji hasil kajian tersebut. Kajian oleh A.N. Ambo melalui ILO telah dijadikan asas bagi merangka rang undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja yang seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia pada bulan April 1969 dikenali sebagai Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. See more..

Post a Comment