Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Jawatan:
1. KERANI AKAUN
Gred & Jadual Gaji:
Gred K - Minimum : RM 2,577.00 - Maksimum RM 5,251.00
Gred K1 - Minimum : RM 2,252.00 - Maksimum RM 4,693.00
Gred K2 - Minimum : RM 1,500.00 - Maksimum RM 4,003.00
Penempatan:
Pejabat Seksyen 9, Shah Alam, Selangor
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -
(a) Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
(b) Kelulusan / Kemahiran:
i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kredit dalam subjek matematik dan prinsip perakaunan
ii) pada peringkat peperiksaan tersebut dan;
ii) Memperolehi sekurang-sekurangnya lima (5) kredit termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Mahir mengendalikan komputer dan perisian Ms Word, Excel dan sebagainya;
(c) Syarat kelayakan Bahasa Melayu: -
i) Kredit Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(d) Kriteria Tambahan: -
i) Mempunyai pengalaman bekerja di dalam bidang perakaunan;
ii) Boleh bekerja secara berdikari dengan pengawasan minima dan berdisiplin;
ii) Rajin, berdaya saing, bertanggungjawab, komited dan berdedikasi tinggi;
iv) Bersedia untuk bekerja lebih masa;
Deskripsi tugas:
i) Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan mengikut prosedur perakaunan berkaitan.
ii) Sebagai sokongan perkeranian dan pentadbiran kepada Akauntan dan membantu dalam penyediaan penyata kewangan, belanjawan, terimaan, hasil dan lain-lain lagi.
Cara Memohon:
Surat Permohonan (sila nyatakan jawatan yang dipohon) dan resume dan salinan sijil boleh diemailkan ke pengurus@pkps.gov.my atau dihantar ke alamat berikut :-
PKPS MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD.
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Tingkat 10, Wisma PKPS
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14
40675 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(U/P: Puan Majidah binti Mohd Said)
No. Telefon : 03-5650 2400
Catatan Am:
(a) Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
(b) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.
(c) Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut:
i) selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
ii) selepas 3 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga).
(d) Jika layak dipanggil temuduga tuan/puan perlu membawa (Sijil Asal & salinan):
i) Kad Pengenalan
ii) Sijil Kelahiran
iii) Sijil Berhenti Sekolah
iv) Sijil Kelulusan Institusi Pengajian Tinggi
v) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia / Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia
vi) Sijil-sijil lain yang berkaitan
vii) Sekeping gambar berukuran pasport
viii) Salinan Kad Pengenalan suami/isteri dan salinan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkahwin)
Tarikh Tutup Permohonan : 16 Mac 2023
Info PKPS
Lembaga Pinjaman Padi Negeri Selangor (LPPNS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan berperanan untuk menebus tanah-tanah sawah, memberi pinjaman kepada petani-petani untuk membeli tanah-tanah sawah dan memberi pinjaman bagi pembelian jentera untuk kegunaan di sawah-sawah. LPPNS telah dibubar dan digantikan dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS). PKPS ditubuhkan pada 2 Januari 1972 di bawah Enakmen No. 12 1972 (pindaan 1976,1982 dan 2005) dan bermula beroperasi pada 1 Mac 1973. PKPS bertanggungjawab untuk memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negeri Selangor disamping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat.
Walaupun nama telah ditukar namun aktiviti berkenaan penanaman padi masih diteruskan. Pada masa yang sama, PKPS turut terlibat dalam projek-projek pertanian komersil dan program pembangunan ladang kelapa sawit untuk rakyat negeri Selangor seperti Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah, Rancangan Tanah Terbiar Kachong Darat dan Rancangan Tanah Belia Busut. PKPS dalam tempoh 2010 hingga 2014 adalah ke arah mengembangkan aktiviti komersil dengan memperluaskan kawasan penanaman kelapa sawit, tanaman getah, pengeluaran buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, tembikai, betik, jambu batu, rambutan, pulasan dan lain-lain lagi. Projek ternakan ayam berteknologi tinggi, projek ternakan tenusu lembu dan projek ternakan ikan air tawar. Pengembangan aktiviti ini adalah sebagai sumbangan kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri Selangor.
Walaupun nama telah ditukar namun aktiviti berkenaan penanaman padi masih diteruskan. Pada masa yang sama, PKPS turut terlibat dalam projek-projek pertanian komersil dan program pembangunan ladang kelapa sawit untuk rakyat negeri Selangor seperti Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah, Rancangan Tanah Terbiar Kachong Darat dan Rancangan Tanah Belia Busut. PKPS dalam tempoh 2010 hingga 2014 adalah ke arah mengembangkan aktiviti komersil dengan memperluaskan kawasan penanaman kelapa sawit, tanaman getah, pengeluaran buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, tembikai, betik, jambu batu, rambutan, pulasan dan lain-lain lagi. Projek ternakan ayam berteknologi tinggi, projek ternakan tenusu lembu dan projek ternakan ikan air tawar. Pengembangan aktiviti ini adalah sebagai sumbangan kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri Selangor.