Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perpustakaan Negara Malaysia - 5 April 2023 [22 Kekosongan]

Post a Comment

Jawatan Kosong 2023 di Perpustakaan Negara Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perpustakaan Negara Malaysia


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SARJANA / IJAZAH SARJANA MUDA

1. PUSTAKAWAN GRED S41 - 22 Kekosongan

Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM2,078.00
Gaji Maksimum : RM9,544.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
 
(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian Sains Pengajian Maklumat (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)  
   
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perpustakaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau  
   
(iii) Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan dan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,588.49)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksana secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan kewangan, penyeliaan dan pengurusan sumber manusia, melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan.


Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Perpustakaan Negara Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 05 April 2023 (Rabu) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong di Perpustakaan Negara Malaysia

Latar Belakang

Perpustakaan Negara Malaysia (atau PNM) ialah agensi yang bertanggungjawab menyimpan koleksi khazanah ilmu di peringkat kebangsaan untuk generasi masa kini dan masa hadapan. PNM telah ditubuhkan pada tahun 1966. Ketika itu, PNM hanyalah sebuah unit di bawah Arkib Negara yang berperanan kecil untuk melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966 dan penerbitan Bibliografi Negara Malaysia. Perpustakaan Negara mula membuka Bahagian Rujukan kepada orang awam selepas Akta Perpustakaan Negara 1972 diluluskan.

Projek pembinaan bangunan PNM dimulakan pada 1978 di Jalan Tun Razak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bangunan PNM mencerminkan keperibadian Malaysia yang melambangkan pencapaian intelektual. Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu sementara konsep minda pula mempengaruhi seni bina dalaman. Suasana ruang melambangkan gerakan fakulti intelek yang terbuka luas. Bangunan ini siap dibina dan dirasmikan pada tahun 1992.

PNM kini mempunyai 500 orang kakitangan dan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah iaitu YBrs. Maizan binti Ismail dan seorang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Encik Rahman Bin Sudin (Menanggung Kerja).

Post a Comment