Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) - 7 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZWP)


Jawatan:

1. PENGURUS LATIHAN MODAL INSAN - 1 Kekosongan

Kelayakan:

» Memliki sekurang-kurangnya ljazah.

» Minimum 5 tahun pengalaman dalam bidang latihan dan pembangunan modal insan.

» Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.

» Boleh membaca Al-Quran dan menjaga solat.

Tugas Dan Tanggungjawab:

» Menyedia dan melaksana bajet unit, perancangan unit dan laporan kemajuan unit.

» Merancang dan mengurus program pembangunan dan latihan kakitangan.

» Membuat analisa keperluan dan keberkesanan kursus kakitangan dan organisasi.

» Menguruskan penempatan pelatih praktikal industri IPTA / IPTS.

» Menyelaras pelaksanaan pembangunan dan latihan untuk persediaan laluan kerjaya kakitangan.

» Menganjurkan Pelan Strategik tahunan, kajian separuh penggal dan Program Pembangunan Kakitangan.

» Merangka & melaksanakan Pelan Penggantian (Succession Planning).


2. EKSEKUTIF MEDIA BARU - 1 Kekosongan

» Memiliki sekurang-kurangnya ljazah dalam bidang periklanan, pemasaran, media / komunikasi massa, multimedia kreatif, perhubungan awam, kewartawanan atau setaraf dengannya.

» Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.

» Pengalaman 2 tahun dalam bidang media seperti mengendalikan saluran digital, cetak dan penyiaran.

» Berkebolehan dalam merakam dan menyunting video.

» Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang sangat baik.

» Berkemahiran menggunakan perisian Mircrosoft Office (Word, PowerPoint, Outlook dan Excel).

» Kemahiran dalam mengendalikan FB Pages Manager / Business Suites / Canva adalah satu kelebihan.

» Seseorang yang mengikuti perkembangan dan trend media sosial dan kandungan kreatif Malaysia dan dunia.

» Mampu bekerja di bawah pengawasan minimum dan mampu melakukan pelbagai tugasan.

» Boleh membaca Al-Quran dan menjaga solat.

» Lelaki Sahaja.


3.  EKSEKUTIF KEWANGAN - 2 Kekosongan

» Memiliki sekurang-kurangnya ljazah Perakaunan dan IPTA/IPTS yang diiktiraf.

» Mempunyai pengalaman kerja 2 tahun dalam bidang perakaunan adalah kelebihan. ‘Fresh Graduate’ digalakkan memohon.

» Boleh menyediakan “Full Set Of Account”.

» Berkemahiran dalam penyediaan Penyata Penyesuaian Bank.

» Berkemahiran menggunakan aplikasi Komputer Ms Office (Word, Excel & PowerPoint).

» Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik.

» Berdisiplin, komited, teliti, boleh bekerja dalam pasukan, boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima serta di bawah tekanan.

» Mempunyai sikap yang positif, rajin, jujur, amanah & bertanggungjawab.

» Boleh membaca Al-Quran dan menjaga solat.


4. KERANI AM / RUNNER - 3 Kekosongan

» Kelulusan sekurang-kurangnya SPM.

» Berkemahiran menggunakan aplikasi Komputer Ms Office (Word, Excel & PowerPoint).

» Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik.

» Mempunyai lesen memandu & kenderaan sendiri.

» Berdisiplin, komited, teliti, boleh bekerja dalam pasukan, boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima serta di bawah tekanan.

» Mempunyai sikap yang positif, rajin, jujur, amanah & bertanggungjawab.

» Boleh membaca Al-Quran dan menjaga solat.

» Lelaki sahaja.


5. KERANI AM - 1 Kekosongan

» Kelulusan sekurang-kurangnya SPM.

» Berpengetahuan dan berpengalaman dalam perkeranian.

» Berkemahiran menggunakan aplikasi Komputer Microsoft Office (Word, Excel dan Powerpoint).

» Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris dengan baik.

» Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima.

» Komited dan bekerja dalam pasukan.

» Boleh membaca Al-Quran dan menjaga solat.

» Mempunyai lesen memandu GDL.

» Lelaki sahaja.


6. PEMANDU - 1 Kekosongan

»  Kelulusan SPM.

» Boleh memandu kereta dan van dengan berkhemah.

» Mempunyai lesen D, ada lesen GDL adalah satu kelebihan.

» Bertanggungjawab ke atas kenderaan pejabat dengan memastikan kenderaan berada di dalam keadaan baik dan bersih.

» Menghantar dan memastikan kenderaan dicuci.

» Menghantar dan mengambil kakitangan menghadiri mesyuarat dan lain-lain aktiviti rasmi.

» Mengambil dan menghantar kakitangan di stesen LRT/MRT.

» Membantu penyediaan barang keperluan pejabat untuk kaunter-kaunter cawangan.

» Menggantikan tugas Pengawal Keselamatan jika diperlukan.

» Boleh membaca Al-Quran dan menjaga solat.

» Lelaki sahaja.


Cara Mohon:

Calon-calon yang berminat sila tulis permohonan yang lengkap dangan menyatakan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport, dan salinan sijil kepada :-

Unit Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Wisma PPZ
68-1-6, Dataran Shamelin
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa
56100 Kuala Lumpur

E-mail : perjawatan@zakat.com.my

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 07 April 2023 (Jumaat)


Jawatan Kosong 2022 di Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZWP)

Latar Belakang

Cadangan untuk melaksanakan penubuhan satu agensi yang mengurus zakat secara korporat telah dikemukakan oleh Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar (Allahyarham) kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Yusof Noor.

Ini adalah hasil kesedaran bahawa sistem memungut zakat pada masa tersebut mengandungi beberapa kelemahan. Kelemahan yang ada ialah sistem pentadbiran zakat yang tidak begitu teratur serta tiada penerangan yang terperinci berkenaan dengan cara pengiraan zakat harta di mana tumpuan hanya diberi kepada zakat fitrah serta kekurangan kemudahan pembayaran untuk pembayar.

Setelah kajian komprehensif dijalankan, maka sebuah agensi yang dinamakan Pusat Pungutan Zakat telah ditubuhkan dan bermula beroperasi iaitu melayan masyarakat pembayar zakat pada 27hb. Disember 1990 dengan menggunakan sistem komputer.  Penggunaan komputer untuk urusan memungut zakat adalah satu peristiwa bersejarah kerana belum dilakukan baik di Malaysia atau di negara lain.

Post a Comment