Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) - 31 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)


Jawatan:

1. SETIAUSAHA SUHAKAM (KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF) – GRED VU7

Tangga gaji : Gaji Pokok dan Elaun Tetap Bulanan = RM12,976.00
Taraf Jawatan : Kontrak


Tanggungjawab:

Setiausaha adalah bertanggungjawab terhadap keseluruhan hal ehwal pentadbiran SUHAKAM, memastikan halatuju SUHAKAM selari dengan dasar dan Pelan Strategik yang diputuskan oleh Suruhanjaya, memantau dan mengkoordinasi semua program dan aktiviti SUHAKAM dalam mempromosi dan melindungi Hak Asasi Manusia di Malaysia, selaras dengan mandat yang terkandung di dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.

Kelayakan:

i. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian atau Ijazah Sarjana, sebaiknya dalam bidang Pengurusan atau Pentadbiran atau Kewangan atau kelayakan yang setaraf dengannya dari Universiti yang diiktiraf oleh Suruhanjaya.

ii. Mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman dalam bidang Pengurusan, Pentadbiran & Kewangan.

iii. Mempunyai kemahiran dalam penulisan laporan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan fasih bertutur dalam kedua-dua bahasa tersebut.

iv. Mempunyai kebolehan dan kepakaran dalam memimpin, membimbing dan menasihati secara profesional dalam hal-hal berkaitan tugasan.

v. Mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan, mempunyai kemahiran/pengetahuan dalam bidang Hak Asasi Manusia.

vi. Mempunyai kemahiran pengurusan kewangan serta penyediaan bajet mengikut proses dan prosedur kewangan kerajaan.


Cara Memohon

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, sekurang-kurangnya satu (1) rujukan majikan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 31 Mac 2023 (Jumaat) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.


*Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2023 (Jumaat)




Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)

Sejarah

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003

Post a Comment