Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor - 13 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan di Bahagian Pemantauan Projek Dan Kesejahteraan Rakyat bagi jawatan berikut :


Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI GRED N11

a) Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
b) Gred : N19
c) Kementerian / Jabatan : Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat
d) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
e) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,352.00
Gaji Maksimum : RM 4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia ;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;

c) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan adalah pada Gred N19 : RM 1,352.00) ; atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan adalah pada Gred N19 : RM 1,408.40) ; atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan adalah pada Gred N19 : RM 1,464.80).

d) Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).


Cara Memohon

a) Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan jawatan yang dikeluarkan oleh jabatan ini dan penghantaran menggunakan sampul surat bersaiz A4 atau A3 yang beralamat sendiri atau bersetem (sekiranya pos) dan catatkan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan atau ;

Berurusan secara terus di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Pemantauan Projek dan Kesejahteraan Rakyat, Aras 3, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor atau ;

Layari portal laman web www.johor.gov.my atau

Melalui link yang admin banyakjawatan.my sediakan di bawah

b) Borang-borang yang telah lengkap diisi dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR hendaklah disertakan bersama sesalinan dokumen-dokumen yang telah diakui sah sepertimana berikut :-

i. Sijil Kelahiran

ii. Kad Pengenalan

iii. Sijil Berhenti Sekolah

iv. Lain-lain Sijil / Akuan berkaitan

c) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke :-

SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN PEMANTAUAN PROJEK DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
ARAS 3, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD,
KOTA ISKANDAR, 79503 ISKANDAR PUTERI, JOHOR

d) Catatan

i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

ii. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan
ditutup adalah dikategori TIDAK BERJAYA.

iii. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temu duga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
(PEMANTAUAN PROJEK DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT)
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
ARAS 3, BANGUNAN DATO’ JAAFAR MUHAMMAD,
KOTA ISKANDAR, 79503 ISKANDAR PUTERI, JOHOR


*Sila baca maklumat iklan perjawatan sebelum memohon melalui online melalui link yang disediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 13 April 2023, 3:00 Petang




Jawatan Kosong 2021 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Latar Belakang

Perbendaharaan Negeri Johor berperanan di dalam merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan ke arah kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang pesat serta pengagihan faedah-faedah pembangunan yang saksama di seluruh negeri Johor.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1855, apabila Temenggong Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjung Puteri. Ketika itu Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan aktiviti perniagaan hasil tanaman lada hitam dan gambir. Pusat Bandar diletakkan di Tanjung Puteri untuk memudahkan kutipan cukai, yang pada masa itu dikawal sendiri oleh Temenggong.

Bandar Iskandar Puteri telah bertukar nama kepada Johor Bahru pada tahun 1866 bersamaan dengan 12 Syaaban tahun Hijrah 1282 berikutan dengan pengisytiharan oleh Temenggong Abu Bakar Maharaja Johor. Pada masa yang sama tiga Jabatan secara khusus telah diwujudkan iaitu Pejabat Temenggong Johor, Pejabat Bakal Raja dan Pejabat Urusetia Negeri yang juga dikenali sebagai Pejabat Menteri Besar.

Post a Comment