Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) - 1 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

Jadual Gaji:

Minimum: RM2,315.00
Maksimum: RM9,618.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan jawatan di atas mestilah memiliki kelayakan berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

(c) (i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iii) Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iv) Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Tambahan:

Keutamaan KHUSUS akan diberikan kepada calon F41 yang mempunyai bidang, kemahiran dan pengalaman dalam:

(a) menguruskan Hospital Information System (HIS)

(b) membangun aturcara aplikasi mobile seperti IONIC / Node.JS /Javascript / Angular / JQuery / TypeScript

(c) membangun perisian pangkalan data seperti MySQL / MariaDB / MongoDB / Postgress.

(d) mengurus perisian pelayan web seperti Apache / Nginx.

(e) persekitaran pelayan (server) selain Microsoft Windows seperti Linux / FreeBSD.



2. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19

Jadual Gaji:
Minimum: RM 1,377.00
Maksimum: RM 4,052.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan jawatan di atas mestilah memiliki kelayakan berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Perhatian Kepada Pemohon:

(a) Hanya permohonan yang disenarai/ditapis sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap tidak berjaya.

(c) Setiap pemohon MESTILAH memuatnaik gambar berukuran pasport dan sijil-sijil akademik yang berkaitan. Sekiranya calon mempunyai sijil kemahiran yang spesifik, sila isi maklumat tersebut dan muat naik sijil di ruangan kelayakan akademik.

(d) Calon diminta untuk mengisi maklumat kerjaya atau pengalaman dengan lengkap termasuk nama jabatan dan tempoh berkhidmat bagi memastikan penilaian dapat dibuat dengan sewajarnya. Kegagalan pemohon berbuat demikian akan menyebabkan PERMOHONAN TIDAK AKAN DIPROSES.

(e) Pemohon hanya boleh memohon satu jawatan sahaja.


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui laman sesawang UniSZA @ melalui link yang admin sediakan di bawah.

2. Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urus setia di talian 09-665 5555 dan pegawai untuk dihubungi adalah:

Encik Mohd Amir bin Mamat
Penolong Pegawai Tadbir
Jabatan Sumber Manusia
Hospital Pengajar UniSZA

Puan Nurul Shaheda binti Mohd Rosli
Pembantu Tadbir (P/O)
Jabatan Sumber Manusia
Hospital Pengajar UniSZA

3. Jika terdapat masalah teknikal semasa pengisian sila hubungi Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR) di talian:

i) 09-668 8848 - Puan Sharifah Noorfadhila binti Syed Alwi
ii) 09-668 8843 - Encik Mohd Lokman bin Hamid

4. Tarikh iklan permohonan adalah pada 28 Mac 2023 hingga 1 April 2023.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 01 April 2023 (Sabtu)





Jawatan Kosong 2023 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Latar Belakang

Keputusan Kerajaan menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin menjadi satu sejarah dalam perkembangan institusi pengajian awam negara dan menjadi kebanggaan rakyat negeri Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.

Kronologi penubuhan UniSZA:

1980 - Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ditubuhkan dan beroperasi di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu

1985 - Perletakan batu asas penubuhan KUSZA di Gong Badak oleh Dulu Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

2005 – Pengumuman penubuhan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) oleh  Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005

2006 – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) mula beroperasi pada 1 Januari 2006

2010 – UDM ditukar nama kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada bulan 13 Mei 2010

Post a Comment