Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) - 31 Mac 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)


Jawatan:

1. PENOLONG PENSYARAH GRED DS41

Jabatan/Fakulti ; Jabatan Bahasa Inggeris, Pusat Bahasa & Pengajian Asasi.
Bidang  - Bahasa Inggeris (TESL)
Jawatan  : Penolong Pensyarah, Gred DS41
Taraf Jawatan : Skim Perkhidmatan Kontrak Khas
Klasifikasi  : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan  : Pengurusan Profesional
Kadar Upah : RM2,300.00 / sebulan

(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia. ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

iii. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

iv. Lulus Malaysian University English Test (MUET) seperti berikut :

– Band 6 serta memiliki pengalaman mengajar sekurang-kurangnya  2 tahun;

– Band 5 serta memiliki pengalaman mengajar sekurang-kurangnya  3 tahun.

(b) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(c) Memperolehi PGNK sekurang-kurangnya 3.00 ke atas dan diberi keutamaan kepada calon yang memperolehi PNGK 3.50 ke atas.

(d) Ringkasan Tugas – bertanggungjawab dalam urusan mengajar dan pengajaran, menyelia dan memeriksa skrip peperiksaan dan melakukan tugas-tugas pentadbiran dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Universiti dari semasa ke semasa. 


Cara Memohon:

(a) Calon-calon boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat permohonan kepada:  

Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan.
(u.p: Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am)
Tel: 05-7732253/250

(b) Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta ‘curriculum vitae’ (c.v) yang lengkap berserta maklumat seperti berikut:

i)  Butiran peribadi.

ii) Butiran untuk dihubungi.

iii) Kelayakan akademik.

iv) Pengalaman yang berkaitan.

v)  Senarai penerbitan dan penyelidikan.

(c) Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak  dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-

i)  Kad Pengenalan atau Pasport.
ii)  Sijil Kelahiran.
iii)  Sijil-sijil akademik yang berkenaan berserta transkrip.
(SPM atau setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD)
iv)  Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan.

(d) Tarikh tutup :  Permohonan terbuka 20 Mac sehingga 31 Mac 2023 (Jumaat)

Catatan Tambahan:

a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

b) Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.

c) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan / temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Sultan Azlan Shah. 


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.




Jawatan Kosong 2022 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Pengenalan

Sejarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bermula pada tahun 1999, memperlihatkan transformasi cemerlang dari sebuah kolej menjadi universiti penuh. Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996, di atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. 

Penubuhannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Dato’ Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Oktober 1999. KISDAR ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 6 Mac 2002.

Post a Comment