Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) - 14 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)


Jawatan:

1. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Gred : Setaraf dengan GRED JUSA C Perkhidmatan Awam

Taraf Jawatan : Kontrak (tempoh dua tahun dan penyambungan kontrak tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pemegang Amanah)

Gaji Bulanan Ditawarkan :

• Gaji Pokok : Minimum : RM7,676.00 Maksimum: RM20,592.00

• Imbuhan Tetap Keraian : RM2,500.00

• Imbuhan Tetap Perumahan : RM1,300.00

• Imbuhan Tetap Jawatan Utama : RM1,000.00

• Bantuan Pembantu Rumah : RM 500.00

• Bantuan Selenggara Rumah : RM 166.67

Kenaikan Gaji Tahunan : 9% setahun tertakluk kepada pencapaian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan


Syarat Lantikan:

i. Mempunyai minimum kelayakan Ijazah Sarjana daripada Institusi-institusi pengajian tinggi tempatan / antarabangsa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang berkaitan Wakaf dan/atau Ekonomi Islam dan/atau Kewangan Islam;

iii. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam tadbir urus Kerajaan dan/atau Korporat;

iv. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman berkhidmat/bekerjasama dan mempunyai hubungan baik dengan Majlis-majlis Agama Islam Negeri;

v. Berketerampilan, mempunyai kemahiran kepimpinan, membuat keputusan, kerja berpasukan, keusahawanan, penyelesaian masalah dan pemikiran kritis; dan

vi. Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah penyakit kronik.


Diskripsi tugas:

i. Bertanggungjawab melapor kepada Lembaga Pemegang Amanah;

ii. Merancang, menyedia dan melaksanakan program dan aktiviti selaras dengan Matlamat Teras;

iii. Menjalin dan memelihara hubungan kerja yang baik dan harmoni dengan Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan Pemegang-pemegang Taruh lain yang berkaitan;

iv. Membuat keputusan-keputusan peringkat tertinggi (high level desicions) berkaitan operasi;

v. Bertindak sebagai jurucakap utama bagi pihak Yayasan;

vi. Menyelia keseluruhan aktiviti fiskal Yayasan termasuk menentukan penyediaan bajet tahunan, pelaporan dan pengauditan;

vii. Memastikan pencapaian petunjuk prestasi utama, strategi dan sasaran program dapat dicapai;

viii. Memastikan tadbir urus Yayasan mematuhi semua undang-undang yang berkuatkuasa; dan

ix. Mentadbir keseluruhan operasi merangkumi tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:

• Perancangan Strategik;

• Pengurusan Kewangan;

• Pengurusan Sumber Manusia; dan

• Pematuhan dan Kawalan Dalaman.


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang lengkap beserta gambar berukuran pasport dan salinan dokumen-dokumen yang disahkan kepada:

Bahagian Pengurusan
Yayasan Waqaf Malaysia
Aras 8, Blok D
Kompleks Islam Putrajaya
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya

Tarikh tutup iklan ialah pada 14 April 2023 (Jumaat)

Catatan am:

a) Hanya calon-calon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.

b) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

c) Hanya calon-calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Jawatan Kosong di Yayasan Waqaf Malaysia (YWM)

Latar Belakang.

Yayasan Waqaf Malaysia ialah entiti wakaf kebangsaan. Ianya telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Julai 2008 di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (Board of Trustees) Yayasan Waqaf Malaysia ialah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Portfolio Agama, manakala Naib Pengerusi ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR). Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah yang lain terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan seorang (1) wakil daripada Kementerian Kewangan, seorang (1) wakil daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan tiga (3) wakil daripada sektor korporat

Post a Comment