Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) - 28 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29

Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bil. Kekosongan : Satu (1)
Tempat Kekosongan : Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar , Sri Aman Sarawak

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,494.00
Gaji Maksimum : RM 5,674.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM 145.00

Syarat Lantikan:

1) Calon lantikan hendaklah memenuhi syarat seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Memiliki :

i) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau

ii) Diploma dalam bidang Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

c) Calon bagi lantikan kontrak hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

d) Memenuhi syarat pelantikan yang ditetapkan untuk jawatan kontrak; dan

e) Mempunyai kompentensi dan pengetahuan kerja yang sesuai dengan bidang tugas.


2. PEMBANTU OPERASI GRED N11

Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Bil. Kekosongan : Satu (1)
Tempat Kekosongan : Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar , Sri Aman Sarawak

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1216.00
Gaji Maksimum : RM 2983.00
Kenaikan Gaji Tahunan: RM RM 80.00

1) Syarat Lantikan:

1) Calon lantikan hendaklah memenuhi syarat seperti berikut :

a) warganegara Malaysia; dan

b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) i Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00) atau

ii. PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,262.15)

2) Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang
  • ADABL.500-1/1 JLD 2 (11) - untuk jawatan no 1
  • ADABL.500-2/8 (8) - untuk jawatan no 2
*Borang ini ada bersama dengan iklan kekosongan jawatan yang boleh dimuatturun melalui link yang admin sediakan di bawah.


b) Borang Permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan yang disahkan, dan dikemukakan kepada :-

Pengarah
Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu
Bahagian Khidmat Pengurusan
Sublot 2, Lot 160
Jalan Sabu , 95000 SRI AMAN, SARAWAK
(u.p : Franklyin A/L Ticha)


3) Tarikh Tutup:

a) Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat di atas sebelum atau pada 28 April 2023. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

b) Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan daripada Kementerian ini dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan.


4) Pertanyaan:

Sekiranya ada sebarang pertanyaan tentang perkara berkaitan boleh menghubungi:-

i) FRANKLYIN A/L TICHA
Emel : bujangborneo87@gmail.com
Telefon : 083-321078

ii) JOHNNY ANAK MUSIT
Emel : johnnymusit@mafs.gov.my
Telefon : 083-321078

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah





Jawatan Kosong di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA)

Pengenalan

Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (Integrated Agricultural Development Area – IADA) Samarahan merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Limbangan Sungai Samarahan.  Ia merupakan salah satu daripada dua projek pembangunan pertanian in-situ di Sarawak yang juga melibatkan pembukaan kawasan tanah baru yang menyatu serta menyelaras kegiatan-kegiatan kejuruteraan pertanian bagi kegiatan petani-petani di kawasan projek.

Menurut cadangan asal, tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 13 tahun tetapi pada tahun 2007 telah ditukar status kepada kawasan pembangunan kekal dan oleh yang demikian nama IADP Limbangan Sg. Samarahan telah ditukarkan kepada IADA Samarahan.

Post a Comment