Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) - 19 April 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT)


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) (GRED N19)

Syarat Utama Lantikan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; Dan

3. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Lantikan Bagi Kekosongan Jawatan:

1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


2. PEMBANTU PENGUAT KUASA (GRED KP19)

Syarat Utama Lantikan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; Dan

3. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Lantikan Bagi Kekosongan Jawatan:

1.   Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; Atau

2.   Bekas Polis atau Bekas Tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; Atau

3.   Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Syarat Lantikan Tambahan:

i. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut;

a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

b. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

c. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

d. mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

e. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

f. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; Dan

g. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

ii. Mempunyai kemahiran renang dan asas keselamatan di air akan diberi keutamaan.


Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Pemohon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


*Sila rujuk syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 19 April 2023 (Rabu)




Jawatan Kosong di Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT)

Tentang kami

Penubuhan LAUT bermula daripada arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kepada Jabatan Bekalan Air Terengganu (JBAT) untuk memelihara sumber air. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri, melalui Jabatan Bekalan Air, telah melihat kepada Enakmen Sungai 1938 untuk menggubal Enakmen Sumber Air Terengganu yang baharu yang ditambah baik dengan perkembangan persekitaran semasa.

Halatuju terbaharu yang Kerajaan Negeri ini adalah berdasarkan perubahan kualiti sumber air negeri yang diamati serta maklumbalas rasmi atau tidak rasmi daripada rakyat Terengganu yang diterima secara berterusan. Oleh itu, Jabatan Bekalan Air yang diteraju oleh Puan Safura Mad Juhari ketika itu mengambil inisiatif mendapatkan panduan daripada badan-badan kawal selia air beberapa buah negeri yang telah ditubuhkan lebih awal. Langkah ini adalah untuk memastikan enakmen yang bakal digubal menggantikan Enakmen Sungai 1938 kelak bersifat lebih holistik, meluas, serta mengambil kira kegunaan sumber air Terengganu pada kadar terkini serta kemungkinan perubahan di masa hadapan.

Proses penggubalan enakmen baharu ini melibatkan konsultasi dan bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta daripada pelbagai kepakaran dan bidang kerja seperti pelaksana, penggubal dasar, akademik dan berbagai lagi. Dan hasilnya, Enakmen Sumber Air (Terengganu) 2020, ESAT 2020, telah berjaya digubal dan diluluskan oleh Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 pada 12 Ogos 2020. Pewartaan ESAT 2020 pada 1 Disember 2020 pula telah secara rasmi melahirkan organisasi yang dinamakan Lembaga Sumber Air Terengganu atau lebih dikenali sebagai LAUT.

Post a Comment