Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) - 21 April 2023

1 comment
Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)


Jawatan:

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41


Maklumat Jawatan:

2.1 Jawatan/Gred: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service).

2.2 Gaji permulaan RM2,188.00.

2.3 Pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Contract of Service) adalah tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.1.1.1. dan Ceraian UP.1.1.8.; dan

2.4 Layak menerima caruman PERKESO berdasarkan surat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) rujukan PKJ:KJ.208/KPM bertarikh 24 April 2019 dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA.600-12/1/11(29) bertarikh 16 Mei 2019.


Cara Mengemukakan Permohonan:

3.1. Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 21 April 2023 (Jumaat).

3.2. Graduan adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi atau dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

3.3. Graduan TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan daripada tarikh tutup hebahan bermula 22 April 2023 sehingga 1 Jun 2023.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 21 April 2023 (Jumaat).



Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Sejarah

SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.


1 comment

Post a Comment