Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak - 12 Mei 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak

Jawatan:

ZON KUCHING

1. PENYELIA PEMBANCI - PERSONEL MySTEP
Kadar Upah : RM1,900.00

2. PEMBANCI - PERSONEL MySTEP
Kadar Upah : RM1,700.00


ZON SIBU

1. PEMBANCI - PERSONEL MySTEP
Kadar Upah : RM1,700.00

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Mei 2023 (Jumaat)






Jawatan Kosong di Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak


Tentang kami

Pejabat Kemajuan Negeri (PKN) telah wujud semenjak 14 Oktober 1969. Pada peringkat awal penubuhannya, pejabat ini telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB). Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970, sebuah unit telah ditubuhkan pada tahun 1971 yang dikenali sebagai Unit Penyelarasan, Pelaksanaan dan Penilaian (Implementation,Coordination and Evaluation Unit - ICEU). Pejabat Kemajuan Negeri (PKN) diletakkan di bawah Unit ini.

Pada tahun 1972, ICEU digabungkan dengan Unit Kemajuan Pentadbiran (UKP) dan dikenali sebagai Unit Penyelarasan, Pelaksanaan dan Kemajuan Pentadbiran (UPPKP). Unit ini berpindah lagi dan kali ini ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ketika itu, ia dikenali sebagai Bahagian Penyelarasan Pelaksanaan (BPP). Namun selepas beberapa tahun, BPP diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan dikenali kini sebagai Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP). Kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Negara (MTN) ekoran pelancaran DEB pada tahun 1970. Strategi serampang dua mata DEB ialah untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Peranan utama MTN ialah untuk mengesan, menyelaras dan memastikan pelbagai program dan projek pembangunan yang dirancang, dilaksanakan dengan sempurna dan berjalan lancar berdasarkan Arahan No. 1 Tahun 1971.

Unit Penyelarasan, Pelaksanaan dan Penilaian (ICEU) telah digabungkan dengan Unit Kemajuan Pentadbiran (Development Administration Unit - DAU) dan dikenali sebagai Unit Penyelarasan, Pelaksanaan dan Kemajuan Pentadbiran (Implementation, Coordination and Development Administration Unit – ICDAU). Apabila peranan Kemajuan Pentadbiran dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit ini dikenali dengan Bahagian Penyelarasan Pelaksanaan dan kemudian ditukar kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP) di bawah JPM.

Post a Comment