Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - 6 Jun 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Jawatan:

1. KETUA UNIT KOMUNIKASI KORPORAT (KUKK)

b) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
c) Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial (S)

2. Jadual Gaji:
Gred : 54 (Terbuka) 
Gaji Minimum (RM) : 6,070.00 
Gaji Maksimum (RM) : 13,138.00 
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM) : 320.00

• Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia, Ceraian UP.1.1.1 — Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service)

3. Elaun dan Kemudahan

i) Kadar bayaran elaun adalah tertakluk kepada peraturan dan pekeliling semasa masih berkuat kuasa; dan

ii) Kemudahan adalah tertakluk kepada peraturan dan pekeliling semasa masih berkuat kuasa


4. Syarat Lantikan:

i) Warganegara Malaysia

ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

iii) Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)/Ijazah Sarjana/ Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya


5. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


6. Syarat Tambahan:

i) Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa/Sains Kemasyarakatan/Sains Sosial

ii) Mempunyai minimum 10 tahun pengalaman berkaitan

iii) Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib/tiada rekod jenayah

iv) Mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan

v) Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa selain daripada Bahasa Melayu dan Inggeris adalah suatu
kelebihan

vi) Berperwatakan menarik, mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik serta mempunyai integriti yang tinggi

vii) Berkebolehan untuk merancang dan melaksanakan strategi komunikasi. Bukti pengalaman dalam pengurusan projek diperlukan

viii) Mempunyai kefahaman yang baik berhubung komunikasi digital dan mempunyai pengetahuan yang baik berhubung peranan media melalui saluran digital dan konvensional


7. Fungsi/BidangTugas:

i) Merancang dan mengurus penjenamaan imej korporat jabatan dan Portal JPA yang merupakan focal point jabatan bagi memastikan penyampaian maklumat terkini berkaitan perkhidmatan, inisiatif dan aktiviti/program jabatan dapat disebar luas kepada umum

ii) Menguruskan penerbitan jabatan dan proses editorial penerbitan serta input temu bual/ perutusan/ artikel JPA supaya hebahan maklumat dapat disampaikan kepada stakeholders JPA

iii) Menyelaras dan mengurus lawatan rasmi dalam/ luar negara ke JPA bagi menjalinkan hubungan kolaboratif strategik antara JPA bersama agensi Kerajaan dan Swasta

iv) Memberi khidmat nasihat bagi penyediaan pelan komunikasi jabatan serta mewujudkan kerjasama baik bersama agensi Media Cetak, Media Elektronik dan Media Baharu bagi mempromosikan perkhidmatan, inisiatif dan aktiviti/program jabatan kepada umum disamping memperkukuh imej positif jabatan di mata umum

v) Menguruskan dan memantau maklum balas di media cetak dan elektronik serta media baharu bagi meningkatkan kualiti sesuatuperkhidmatan/ jabatan
 
iv) Merancang dan memantau aktiviti pameran dalaman dan luaran jabatan untuk memastikan perancangan program/ aktiviti berjalan lancar

iiv) Merancang strategi penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan JPA selaras dengan piagam pelanggan jabatan

iiiv) Menguruskan urusan pentadbiran unit berdasarkan perancangan tahunan yang diluluskan


8. Lokasi Kekosongan : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya


Cara Memohon:

1) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan seperti di Lampiran 1 dan dikemukakan kepada alamat berikut:

PENGARAH BAHAGIAN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
ARAS 10, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 W.P PUTRAJAYA
(u.p.: PUAN NORMA AIZAN BINTI CHE MAN)

Atau e-mel kepada urusetiakukk@jpa.gov.my;

2) Hanya calon yang layak tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri sesi temu duga; dan

3) Calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan semasa sesi temu duga.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

i) Puan Norma Aizan binti Che Man / norma.cheman@jpa.gov.my 03-8885 3038;

ii) Puan Aifaa Zawani binti Ahmad / aifaa.ahmad@jpa.gov.my 03-8885 3729; dan

iii) Puan Emilia binti A.Rahman / emilia.arahman@jpa.gov.my 03-8885 3517.


Tarikh tutup permohonan : 06 Jun 2023 ( Selasa ) Jam 4:00 Petang

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Sejarah

Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan telah ditukar nama kepada Establishment Office of Malaysia. Nama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula diguna pakai pada 15 Ogos 1968. Dari zaman Sir John Huggins pada tahun 1934, gelaran yang digunakan selaku Ketua Perkhidmatan Pentadbiran pada ketika itu adalah Malayan Establishment Officer.

Manakala semasa A.J. Gracie memegang jawatan tersebut pada tahun 1954 gelaran diubah kepada Federation Establishment Officer. Apabila H.G. Turner menggantikan Gracie pada tahun 1957 hingga Tan Sri Ahmad Hj. Husin selaku Ketua Perkhidmatan sektor awam pada tahun 1960, gelaran yang digunakan dikenali sebagai Principal Establishment Officer (P.E.O).

Namun demikian, bermula tahun 1962 gelaran ini telah diubah kepada Ketua Pegawai Perjawatan sehingga 1967 iaitu pada masa Tunku Mohamed Tunku Besar Burhanuddin menerajui perkhidmatan awam. Semasa Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin memegang tampuk kepimpinan, gelaran ini telah diubah sekali lagi kepada Pengarah Perjawatan Malaysia pada tahun 1968.

Walau bagaimanapun, ia telah ditukar dengan gelaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) seperti yang digunakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1968 bertarikh 7 Oktober 1968 dan gelaran ini diguna pakai sehingga kini.

Sejak 1 Julai 1954, JPA telah diterajui oleh 25 orang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Post a Comment