Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Koperasi Tenaga Nasional Berhad - 4 Jun 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Koperasi Tenaga Nasional Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Koperasi Tenaga Nasional Berhad


Position:

1. KERANI HR

Skop Tugas:

1.Membantu dalam proses pengambilan pekerja
2.Membantu dalam menyediakan serta memproses gaji dan tuntutan pekerja
3.Membantu dalam menyelia tuntutan perubatan pekerja
4.Mengemaskini fail-fail pekerja
5.Lain-lain tugas yang diberikan oleh pegawai atasan


2. KERANI TRAVEL

Skop Tugas:

1.Menerima dan membuat tempahan tiket
2.Menyediakan sebutharga tiket / hotel / pakej
3.Penerimaan tempahan dan penyediaan tour
4.Membuat permohonan visa untuk peserta
5.Menyelia tambah nilai akaun prabayar syarikat penerbangan
6.Mendapatkan harga tiket dan hotel mengikut harga pasaran


3. KERANI RETAIL (ILSAS)

Skop Tugas:

1. Melayan pelanggan/anggota yang datang ke kedai, koptown@hq & koptown@ilsas.
2. Menerima permintaan sebut harga.
3. Memproses pembayaran inbois vendor.
4. Memproses nota penghantaran (delevery notes) melalui sistem perakaunan.
5. Menjawab panggilan telefon.
6. Perkhidmatan selepas jualan.
7. Menyediakan brochure/flyers untuk promosi kedai, koptown@hq & koptown@ilsas.


4. KERANI KAUNTER

Skop Tugas:

1. Menjawab panggilan telefon
2. Melayan anggota yang datang berurusan di kaunter
3. Penerimaan borang – borang di kaunter, wassap, emel dan fax
4. Mempromosikan produk pembiayaan kepada anggota
5. Merekod penghantaran surat dan dokumen melalui citilink
6. Mengesahkan surat tawaran pembiayaan dan tandatangan penjamin
7. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diberikan dari semasa ke semasa oleh ketua pembiayaan


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. Tutorial mendaftar dan memohon ada admin sediakan di sini

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Close date : 04 Jun 2023




Jawatan Kosong 2023 di Koperasi Tenaga Nasional Berhad


Company Overview

Pada awal tahun 1951, mesyuarat pertama diadakan yang dipengerusikan oleh Encik M. Pakianathan, Penolong Akauntan Lembaga Letrik Pusat telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Koperasi khusus bagi kakitangan Lembaga Letrik Pusat yang bergaji bulanan

Penubuhan Koperasi ini telah dipersetujui oleh Encik F.G. Egerton, Pengurus Besar Lembaga Letrik Negara pada masa tersebut.

Permohonan pendaftaran telah dibuat di Pendaftar Pertubuhan Koperasi pada 1hb Ogos 1951.

Maka rasmilah pendaftaran Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Pusat Sendirian Berhad dengan nombor pendaftaran 261/51-1449.

Pada Jun 1965, Koperasi telah menukar nama kepada Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Lembaga Letrik Negara Sendirian Berhad, dimana perubahan ini adalah sejajar dengan pertukaran nama Lembaga Letrik Pusat kepada Lembaga Letrik Negara.

Objektif utama Koperasi adalah menggalakkan aktiviti jimat cermat serta menjalankan fungsi-fungsi pinjaman, pengguna, perkhidmatan dan perumahan.

Memandangkan sebutan nama ini yang agak panjang, pada tahun 1967, Koperasi telah menukar namanya kepada Koperatif Lembaga Letrik Berhad.

Pada September 1990, selaras dengan dasar penswastaan Negara yang turut melibatkan Lembaga Letrik Negara ditransformasikan dari sebuah Lembaga kepada Syarikat Korporat bernama Tenaga Nasional Berhad, Koperasi juga telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menukar nama kepada Koperasi Tenaga Nasional Berhad sehingga kini.

Post a Comment